Tuesday 10 May 2016

RAM : IMAGINASI

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Buku kedua RAMLEE AWANG MURSHID yang saya beli secara online. :D 
.
RM 35 +postage
+
Tanda tangan penulis
+
Penanda buku (kalendar 2016) siri SUNAN MUSAFIR
.
Saya suka baca buku triller dari RAM sebab dari segi penceritaan dia teratur. Tak terasa 'lompatan' cerita dia dari satu kisah ke kisah lain.
.
.
Buku IMAGINASI ni berkisar kisah 3 lelaki dan 3 wanita. 

1. Abam -Juita
2. Hafiz - Citra Widya
3. Kamil - Suhaila

Walaupun kisah Juita yang mula-mula tak suka Abam, akhirnya boleh terima Abam bila Abam pergi, boleh agak sebenarnya. Tapi bila dibaca, tak dijangka sebenarnya sebab apa Abam perangai 'lurus'.
.
Yang paling tak jangka, bab saka Suhaila. Memang imaginasi tu tinggi la, tak boleh nak berhenti membaca sebab nak sangat tahu apa jadi.

Kenapa ayah Suhaila tak nak buang, di suruh Suhaila terima walaupun Suhaila tak nak. Dan sebab apa Mandur Sarip beriya-iya nak saka tu tetai langsung ayah Suhaila dan Suhaila sendiri tak benarkan.
.
Memang berbaloilah baca. 
.
.
Tergoda tak nak beli dan baca?  :D
Hehehe.
.
Ok, ini sinopsis buku IMAGINASI bagi awak-awak yang akan rasa nak membelinya. 😉 Harga : RM 26
.
.
.
SINOPSIS

Mereka... tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka sangat berbeza, namun penuh dengan cinta. Tiga cinta dengan tiga kata. Kelam dan suram menjadi suasana latar kehidupan masing-masing. Warna pelangi itu terlihat, cuma tidak mampu digapai. Maka impian itulah yang melonjakkan hasrat agar mimpi setiap orang tidak berubah menjadi igauan buruk.

Suhaila - Perempuan yang hidup menyendiri dalam sebuah rumah agam di ladang kelapa sawit. Pembela saka seekor singa. Dia terkurung dalam ruang lingkup yang terbatas agar kejahatan tidak terlihat sesiapa pun menerusi mata sirna kebenaran. 

Kamil - Lelaki yang baru dibebaskan dari penjara. Pandangan pertama di ladang kelapa sawit telah menjebakkannya ke dalam gelora cinta Suhaila. Apakah Kamil bakal menjadi korban percintaan?

Hafiz - Pengembara eropah yang menemui cintanya di Amsterdam, Holland. Yang dicintai adalah perempuan Indonesia bernama Citra Widya, buruan dua lelaki dari negara seberang. Berjayakah Hafiz membantu Citra Widya melarikan diri ke London supaya cinta mereka terus bernyawa? 

Abam - Lelaki lurus bendul. Dia seorang penjaga lembu milik Pak Budin, ayah kepada Juita. Abam sangat mencintai Juita dengan caranya yang tersendiri. Namun, cintanya ditolak Juita. 

Suatu ketika, keajaiban berlaku. Juita pula berubah sebaliknya, mencintai Abam. Bagaimanapun, Abam tidak semena-mena berubah akibat dirasuk semangat saka Suhaila. Apakah cinta Juita berjaya memulihkan semangat rasuk yang menyinggahi Abam?

No comments:

Post a Comment