Saturday 23 January 2016

UMRAH BAB 9: Hari Yang Terakhir

Entri 25

Teks & Foto: Munirah Yusoff

15/12/2015

Hari ini hari terakhir kami di sini. Alhamdulillah masa waktu subuh, saya dapat solat berjemaah depan Kaabah. Mak pergi dulu, saya dan ayah pergi kemudian dalam 4.30 pagi. Masa mula-mula sampai di kawasan solat, sebenarnya saya ada di kawasan solat lelaki (sebelum masuk waktu solat wajib, memang bercampur). Bila dah nak dekat waktu Subuh, baru wanita di suruh ke tempat lain. *Terpisah juga kami bertiga*.

      Tapi masa ni saya tak rasa takut, sebab terpisah dengan ayah cuma seberang tiang saja. Sementara nak menunggu solat Subuh, agak lama juga duduk berhimpit. Nak hilang rasa lenguh badan, mengajilah jawabnya. Kadang-kadang berhenti sekejap untuk 'merewang' rasa sejuk pagi hari. 

Waktu Subuh di kawasan Kaabah
        
 


     Pagi kami agak kelam-kabut sedikit mahu pastikan semua barang tidak tertinggal. Beg besar dalam pukul 10 pagi sudah di letak di luar bilik. Dalam 10.45 pagi, kami pergi semula ke Masjidil Haram untuk Tawaf Wida'. Alhamdulillah waktu pagi walaupun terasa matahari terik, tapi tak adalah panas macam tengah hari. Kali kedua saya minta izin mak ayah untuk tawaf sendiri, dan Alhamdulillah setiap kali pusingan, saya tetap jumpa mak ayah *saya awal 1 pusingan*. Jadi tak risau sangat pun.

         Setiap kali pusingan, sebenarnya saya berdoa untuk solat sunat di Hijr Ismail dan berada dekat di Makam Nabi Ibrahim a.s. Alhamdulillah dapat berada dekat di Makam Nabi Ibrahim a.s tapi saya tak berhenti atau sentuh Makam sebab masih dalam Tawaf. Takut juga bahu terpusing dari mengadap Kaabah kalau dirempuh orang. Kebetulan pula waktu pagi memang ramai orang. Lepas pusingan yang terakhir, saya cuba bergerak secara perlahan untuk ke Hijr Ismail. 

     Dan waktu hampir ke pintu situ, saya tak dapat nak teruskan sebab dalam keadaan tersepit dikelilingi orang. *Misi nak pergi Hijr Ismail tak beritahu mak ayah pun..huhuu* Bila fikirkan keselamatan saya dengan mak ayah tak tahu, saya pasrah keluar semula dari kawasan tawaf. Sekurang-kurangnya saya sudah berusaha. Cuma saya tak terlalu berharap sangat untuk ke situ.

       Selesai Tawaf Wida', solat zohor di dewan Hotel dan makan tengah hari di dewan, pukul 2 petang kami check-out. Awalnya semua menunggu di kawasan lobi, tapi dalam pukul 3 petang ramai yang sudah ke dewan solat untuk berehat dan solat Asar. Agak lama juga nak menunggu bas bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah. Dalam 5.30 petang baru bergerak dan singgah di Masjid Terapung, Jeddah untuk jama' takdim Maghrib-Isya'.


Kawasan luar Masjid Terapung, Jeddah. Dengan bunyi air laut dan angin,
dapatlah hilang stress duduk lama-lama dalam bas.
Cuma bila dah malam, tak dapat nak hayati kawasan pantai. :D

Kawasan luar Masjid Terapung. Makan malam kami kat atas tembok je. :D

Makan malam - Nasi ayam

King AbdulAziz International Airport.
Dah malam tak dapat nak ambil gambar luar.

      Sampai sini awal, dalam 9.30 malam. Tapi menunggu selesai check-in luggage dengan tiket, lama sangat. Dekat 12 malam baru selesai semua, terpaksa tahan sejuk.

Mulanya nak beli Fridge Magnet sebelum check-in.
Tapi terkedu sekejap sebab harga mahal sangat, RY32.
Konon-konon nak fikir lagi sebelum beli, sekali bila dah masuk dalam
dah tak ada yang macam ni.
Kat duty free, beli yang biasa-biasa tak berapa menarik. Tapi biarlah,
asalkan ada. Y_Y

Kawasan duty free selepas check-in.

Sementara tunggu masa nak berlepas, isi perut dulu.
Takut makan malam dalam flight lambat. :D

Makan sandwich ayam.

Currency Exchange Rates 
Ini masa beli Fridge Magnet dengan pensil besar kat bahagian pelepasan.

    Pukul 3 pagi baru berlepas ke Muscat. 6 jam menunggu di airport dengan menggigil kesejukan. *Konon simpan jaket dalam beg besar sebab tak pegang, alih-alih sendiri merana sebab sejuk :D*

Waktu Subuh kami atas flight. Masa ni tak ingat sampai mana,
Ada baca penerangan dari Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dalam menentukan waktu solat.
Kalau waktu Subuh, kena perhatikan bila nampak dari jauh cahaya macam ni,
dah boleh solat sebelum tiba di kawasan matahari terbit.
*Tak silap saya, masa ni 20 - 30 minit sebelum sampai*

Bas di Muscat Airport.
Transit balik ke Malaysia cuma 2 jam. Tak ada masa sangat nak beli-belah kat sini.
Lagipun currency mahal: RM 1 = OR 11

Makan tengah hari dari Muscat - KLIA
*Solat Zohor dan Asar secara jama' atas flight. Masa ni pembimbing jemaah beritahu
waktu solat dah masuk*

Alhamdulillah selamat sampai di KLIA dalam pukul 10 malam.
*Terima Kasih staff Muhibbin yang menjaga jemaah sepanjang berada di
Madinah-Makkah*

Air Zamzam 5 liter setiap orang akan diberi oleh agen
bila tiba di KLIA.

Air tin sepanjang berada di Makkah. Senyap-senyap saya simpan dalam beg. :D
Antara salah satu barang yang murah untuk dibuat kenangan = RY 1 - RY 2

Risalah-risalah mengenai Muscat. Sempat ambil masa hari pertama sampai di Muscat untuk
transit sebelum ke Madinah.
Kebetulan masa menunggu van tiba untuk ke Hotel Tulip, ambil je. Manalah tahu,
lain kali nak datang sendiri. :D

Alhamdulillah sepanjang membuat Umrah kali ni, dipermudahkan urusan. Harap-harap dapat pergi lagi kesana dengan sendiri tanggung. Insya Allah, amin. 

UMRAH BAB 8: Ziarah Luar (Hudaibiah) dan Umrah Ketiga

Entri 24

Teks & Foto: Munirah Yusoff

(13/12/15) Ziarah Luar : Muzium Haramain - Masjid Hudaibiah (Miqat)


Waktu pagi kami tak turun ke dewan makan, cuma beli di foodcourt. Ayah beli di kedai makanan Malaysia, Felda D'Saji.

Roti canai 3 keping. 1 keping RY 5

Mee Hoon RY 15 *Portion macam 5 orang malan.* :-0


Untuk ziarah luar dan miqat umrah ketiga, kami buat waktu petang selepas zohor. Jadi, sebelum tu sempatlah ke Masjidil Haram untuk zohor berjemaah. Nak masuk sini, macam dekat Masjid Nabawi, kena ingat nombor pintu dan nombor rak kasut.

Pintu no.89, pintu untuk OKU dan ke tempat tawaf. Kalau ikut pintu ni, tak banyak nak
pusing kiri kanan banyak kali, memang mudah untuk terus nampak jalan ke tawaf.


Burung merpati depan kawasan hotel.


Kami gerak untuk memulakan ziarah, dalam pukul 2 petang. Terpaksa cepat-cepat turun dari dewan makan, sebab takut pak arab pemandu bas tinggal. Hehehee

Exhibition of The Two Holy Mosque Architecture.

Muzium yang memaparkan barang-barang bersejarah dari Masjid Nabawi
dan Masjidil Haram.
Tapi masuk muzium ni, memang tak dapat nak baca satu-satu. Tak sempat sebab
masa diberi cuma 30 minit. Jadi, nak selamat, ambil gambar dengan penerangannya sekali.
Senang sikit nak baca semula setiap barang yang ada disitu.

Antara barang yang ada disini:
1. Hajar Aswad
2. Kain pintu Kaabah
3. Pintu Kaabah

Selesai di muzium, kami terus bergerak ke Masjid Hudaibiah. Masa sampai sini, dah masuk waktu asar. Kalau sampai di tempat solat masa asar, turutan solat adalah: 

1) Solat Sunat Tahiyyatul Masjid
2) Solat Sunat Ihram
3) Solat Asar

Daripada penerangan Ustaz, walaupun sudah masuk Fardu Asar (yang wajib) tetapi kita mahu lakukan solat sunat (1) dan (2), lakukan yang (1) dan (2) dahulu. Sebab bila kita dah tunaikan Fardu Asar, tak boleh lakukan solat sunat lagi (diharamkan). 

Kawasan Masjid Hudaibiah, pintu masuk ke tempat solat wanita.
Agak kecil ruangnya, jadi tak dapat nak berlama-lama disini.

Tandas wanita. 
Kawasan hadapan Masjid Hudaibiah, pintu masuk tempat solat lelaki.

Kawasan luar Masjid Hudaibiah. Ada beberapa kedai jual makanan dan barang-barang
cenderamata. Di luar ini, ada juga wanita yang solat.

Kacang, kurma, kismis - kudapan yang memang femes, selalu nampak orang jual.
Sempat beli sikit kacang, makan dalam bas sementara nak balik.

Sempadan Tanah Haram (Makkah) dan Tanah Halal (menuju ke Masjid Hudaibiah)

Ikut perancangan asal sebenarnya tak ada pergi ke pasar buah. Tapi mutawif bawa juga kami kesini, dalam pukul 5 petang sampai. Disebabkan nak kejar waktu maghrib, hanya 10-15 minit saja dapat ada disini. Memang rambang mata tengok buah-buahan segar. Saya teman mak turun, beli buah delima (12 biji RY 20-25 rasanya, tak ingat) dengan buah kaki pisang (10 biji RY 10).

Harga boleh tahan, kira murah juga daripada beli dekat luar. 

Antara buah-buahan yang ada di sini. Ikutkan nak beli banyak, tapi sebab esoknya
hari terakhir di Makkah, takut tak sempat nak habiskan.
Buah delima pun, mak ada beri sikit pada jemaah yang naik bas lagi 1, tapi tak
sempat nak singgah sini.

Kat sini mula cabaran sekali lagi. Disebabkan kami terlewat sedikit, bas dah tak boleh masuk kawasan hotel. Ditutup sebab dah masuk waktu Maghrib. Jadi agak lama menunggu, nak berjalan memang jauh sedikit. Dekat pukul 7 malam baru bas dapat masuk, cepat-cepat bergerak naik bilik untuk solat Maghrib.

Untuk umrah ketiga ni, sama juga dengan umrah kedua tak ada mutawif. Jadi buat sendiri, agak lewat juga saya dan mak ayah mula. Rehat sekejap, lepas isya' dalam 9.00 malam kami mula. Kali ini, saya minta mak ayah untuk buat tawaf di tingkat tengah. Dan untuk kali yang pertama, saya minta mak ayah untuk benarkan saya jalan dulu. Maknanya saya buat sendiri tanpa mereka. Alhamdulillah sebenarnya hilang takut masa buat sendiri. Yang penting mereka pesan, tunggu kat tempat mula-mula kami masuk ke bahagian tawaf. 


Waktu malam memang sejuk, tenang. ^_^ Masa saya dah selesai tawaf dan menunggu mak ayah siap, dapat juga selesaikan 2-3 surah pendek. Waktu ni juga dapat lihat pelbagai jenis dan ragam manusia. 

Pemandangan dari tingkat tengah. Tak terlalu sesak macam di bawah. 

Tangga dari pintu masuk King Fadh, menuju tawaf bawah.
Kalau nak pergi tawaf tingkat tengah tu, kena ke sebelah kiri.

Sebahagian Bukit Sae'i yang tak ditutup.

Masa tengah Sae'i dalam pukul 12 malam.
Kena masuk kawasan Sae'i yang berkerusi roda, agak sesak sedikit sebab
untuk cuci.
Kami selesai dalam 12.30 malam.

Kubah di kawasan bukit Safa'

Kubah di kawasan bukit Safa


Ini tangga yang ke tawaf bahagian bawah

Papan tanda menuju tawaf tingkat tengah 

Papan tanda untuk ke Sae'i dan menggunakan kereta eletrik (macam kereta golf)
Antara set menu burger. Burger ok la, besar sikit dari burger kat Malaysia.

Menu pizza. Yang ini mahal sikit, sederhana kecik sikit dari yang pizza Malaysia

Harga pizza dan kebab

Chicken Pizza untuk makan tengah malam.

Apabila selesai umrah yang ketiga, maknanya ini adalah hari terakhir kami di sini. 


*Bersambung untuk hari yang terakhir disini* Y_Y



Thursday 21 January 2016

UMRAH BAB 7: Tawaf Sunat, Ziarah Luar (Umrah Kedua)


Entri 23

Teks & Foto: Munirah Yusoff

Tawaf Sunat (Upper Ring - Mataf Bridge)



Selang sehari lepas umrah yang pertama, saya dan mak ayah buat tawaf sunat waktu malam lepas isya'. Mula-mula mak ayah nak buat kat bawah, tapi saya minta nak cuba yang di atas. Dari hotel penginapan, laluan yang biasa kami masuk ke dalam masjid adalah pintu King Fahd No.92. Jadi,  nak naik ke tingkat atas, melalui pintu King Fadh Escalator No.91 (laluan yang sama ke pintu No.92).

     Naik punya naik, tanya-tanya orang, tersampai ke tingkat paling atas (tingkat 2). Pusingan tawaf jadi jauh sedikit. Tenang sikit kat atas sebab tak bersesak, cuma kena hati-hati dengan orang yang bawa kerusi roda, yang tukang tolak bawa laju. Kita dah tepi, dia suruh tepi lagi walaupun sebelah kita ruang kosong tak ada orang. Tapi tak apa, bagi jalan saja. 

Ini penanda lampu hijau untuk mula Tawaf.
Pemandangan dari tingkat 2. Tawaf di atas, kena lagi fokus perhatikan kat mana
penjuru hajar aswad dan multazam.
Nampak macam penuh, sesak kan? Tapi sebenarnya sesak sekejap saja kat bahagian
lampu hijau, lepas tu clean and clear. Alhamdulillah dan Insya Allah dipermudahkan. ^_^


===============================================
Ziarah Luar = Umrah Kedua (12/12/2016)


Jabal Thur - Jabal Rahmah (Arafah) - Mudzhalifah - Mina - Masjid Ja'narah - Melalui Jabal Nur

Kami gerak dari hotel 8.30 pagi dan nak sampai ke tempat pertama, Jabal Thur dalam 30 minit. Jadi sepanjang dalm bas, mutawif banyak bercerita tentang sejarah. Tak pernah sunyi dari bercerita, tak adalah rasa bosan. :D

Jabal Thur.
Bukit tempat Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar bersembunyi selama 3 hari
ketika berhijrah ke Madinah ketika di kejar kaum musyrikin.

Kisah yang tercatat dalam Al-Quran - Surah At-Taubah:40

Saya dan mak ayah. 

Dengan Isman (Hijjaz) dan Ust. Azhan, kira pembimbing grup jemaah kami
sepanjang di Madinah - Makkah. 

Lepas 20 minit ada di Jabl Tsur, kami ke Jabal Rahmah di Arafah. Dekat sini tak naik pun, sebab mak ayah tak larat. Ikutkan boleh nak pergi naik sendiri, tapi kena juga ikut pesan mak ayah. :D hehe
Lagipun dulu pernah naik, jadi tak adalah ralat sangat. Mungkin lain kali boleh naik.

Ini gambar orang ambil. Tukang ambil gambar suruh posing.
*Sebenarnya susah nak dapat gambar bertiga* ^_^


Kawasan sekitar Jabal Rahmah.
Tempat wukuf bagi jemaah Haji pada 9 Zulhijjah.
Banyak juga orang tulis nama di batu-batu terutamanya di tugu (di puncak bukit).
Dulu kawasan ni banyak unta, padang pasir, jadi pernah
merasa naik unta. Tapi sekarang dah tak ada unta, tanah pun dah rata.
Maju sikit, bukan naik unta dah. Naik motor macam 4W.

Disebabkan tak dapat naik, dan menunggu orang lain selesai, sempat kami makan
aiskrim yogurt disini.
*Sayangnya orang van ni tak ada sikap prihatin sebab buang sampah depan kami* -_-

Papan tanda di Arafat, jadi mudah nak tahu anda berada di mana.

Papan Tanda ke Muzdalifah, tempat jemaah Haji singgah dan
bermalam disana. Juga disebut sebagai al-Jam'u bererti
tempat berkumpul.

Kawasan Mina, penempatan jemaah Haji untuk bermukim dan bermalam di sana
sehingga terbit matahari pada Hari Arafah, juga pada hari ke-10 dan
hari Tasyriq (11,12 dan 13).

Mina, Muzdalifah dan tempat bersejarah di sekitarnya, kami hanya melaluinya (tanpa turun dari bas). Selesai ziarah, kami ke Masjid Ja'narah untuk Miqat umrah ke-dua. Di Masjid Ja'arah memang padat, cuma mak pergi untuk turun bersolat, ayah pula pakai ihram di sini. Saya duduk dalam bas, nak pergi ambil wudu' di situ untuk solat sunat tak dapat, sebab bersesak. Mak pula tak berani nak lepaskan saya sendiri Y_Y Bukan rezeki saya kali ni.

Masjid Ja'narah terletak di antara Thaif dan Makkah. 
Kami di sini agak lama, jadi bila sampai di hotel penginapan dah masuk waktu zohor. Terpaksa jalan jauh sedikit, bas tak dibenarkan masuk sebab jalan ditutup. Kebanyakkan orang akan solat di atas jalan jika tak sempat masuk Masjid. 


Kami buat Umrah lepas selesai solat zohor di bilik, dalam 1.15.
Orang agak ramai waktu ni, sebab baru lepas zohor.
Panas boleh tahan lagi, tapi sebab tak ada awan, cahaya matahari agak terik.
Pening kepala, bila pakai topi (macam topi pergi pantai), baru ok sikit.
Waktu ni tak dapat jalan laju sebab kepala berpusing. Kebetulan tak makan tengah hari lagi.
Umrah kedua, tak ada mutawif yang ikut. Jadi kena buat sendiri. Kali ni dekat Sae'i, agak lama nak selesai sebab buat perlahan-lahan. Sampai pusingan ke 5, dah masuk solat asar. Dapatlah pengalaman solat jemaah di Sae'i. Kami selesai semua dalam 4.30 petang.

Tempat Sae'i yang kami pergi ni, agak tinggi bukit nak naik.

Menara Jam. Waktu ni dah petang sikit, jadi tak adalah panas sangat.

Selesai umrah, kami singgah di FoodCourt  hotel beli makanan.
Waktu malam kami dah tak turun ke dewan makan.

Harga Burger. Agak mahal juga.
*Tak sempat ambil gambar makanan*

Alhamdulillah, selesai umrah kedua dengan baik walaupun dengan cuaca yang panas terik. Kalau tak buat waktu macam ni, tak dapat merasa macam mana dugaan nak hadapi, tahan ke tidak. Insya - Allah, bila tahan buat, memang di permudahkan urusan. 


Insya-Allah cerita akan bersambung untuk ziarah muzium dan umrah ketiga pada waktu malam.