Friday 27 May 2016

BB1M 2016 : RM 150

Teks & Foto : Munirah Yusoff



Hari ni selamat dah borong buku guna BB1M RM 150. Lama dah berkenan nak beli buku set Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.
.
Walaupun ada sikit lagi yang tak cukup, tapi banyaklah juga dapat. Kebetulan sebagai dropshipper Bookcafe, dapatlah diskaun lebih sikit. *Alhamdulillah*
 .
Buku tafsir Al-Azhar karya Prof. HAMKA ada diskaun separuh harga, dari RM 90 ke RM 45. Memang harus dibeli, buku pun tebal, harga pula tengah murah. Berbaloilah beli masa sekarang. :D
.
Cuma kena tambah sikitlah. Yang seronoknya dapat hadiah percuma untuk pembelian RM 200 keatas. Dapat :
1. Beg kanvas & baju T-shirt Puteh Press
2. Baucer RM 10
.

Tips beli buku secara online (ini pembelian melalui BOOKCAFE, mungkin hampir sama dengan yang lain):
1. Pastikan BB1M tu dah siap ada nama, IC, no.HP dengan cop universiti.

2. Fotokopi IC dan kad pelajar. Setiap helaian, tulis nombor order supaya senang pihak kedai buku nak rujuk.

3. *Tambahan* Kita pun kena simpan juga nombor siri BB1M tu. Hehehhee
.

==============
Penuh waktu terluang nak baca buku-buku ni. Boleh leka. Tak ada internet pun ok je. ^_^
==============

No comments:

Post a Comment