Sunday 1 May 2016

2 Hari 1 Malam : Bukit Gambang, Kuantan (Part 1)

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Lama dah tak bercuti pergi ke Taman Tema dengan keluarga. Masing-masing dah besar, dah ada keluarga sendiri *kecuali saya lah :p*

Peluang datang nak bercuti ke Bukit Gambang, Kuantan bila ada kenduri kahwin sepupu di Indera Mahkota, Kuantan. Di Indera Mahkota, kami tidur di Rumah Tamu Istiqamah. Sepupu tolong tempah untuk anak-beranak yang datang untuk majlis nikah dan berarak. 


Rumah Tamu Istiqamah.

Oleh sebab kami datang sehari sebelum majlis berarak, sempat la pagi sebelum majlis bermula, saya dan anak-anak saudara main pantai di Teluk Chempedak, Adalah dalam 15-20 minit nak sampai.




Parking luar yang sedikit jauh untuk ke pantai


Bayaran Masuk

Parking yang berdekatan dengan pantai.





Pantai pun cantik juga. Daripada nak bawa anak saudara mandi, dengan mak saudara sekali main air. Cuma tak adalah nak mandi air laut sebab tengah hari ada kenduri kahwin. Sempat dalam 1 jam je, sebab dah 10 lebih, waktu agak panas. Tapi puas. :D


Lepas selesai kenduri, kami terus ke Bukit Gambang. Alang-alang tempat kenduri dah dekat dengan Bukit Gambang, kami tempah bilik melalui laman web booking.com.

Cara untuk tempah di Booking.Com :

1. Buat akaun
2. Pilih destinasi dan tarikh
3. Buat pembayaran dengan Kad Kredit

Ada dua pilihan:
+ Pilih harga bilik yang sedikit mahal jika 
tidak mahu amaun di tolak terus. 
Maknanya bila dah check-in baru ditolak.
Ini mudahkan anda jika mahu batalkan tempahan.

+ Pilih harga yang murah.
Amaun akan di tolak terus. 
Jika tempahan di batal, tiada amaun dipulangkan.

4. Selesai buat tempahan, email akan dihantar.
Maklumat seperti destinasi, tarikh, dan harga disertakan.
Booking Number dan Pin Code  untuk simpanan anda
ketika check-in.

5. Hari check-in, cuma sebutkan Booking Number

Bersambung di Part 2

No comments:

Post a Comment