Tuesday 29 December 2015

Senarai Pembahagian Juz Dalam Al-Quran

Entri 22

Teks & Foto : Munirah Yusoff

[Selingan Akhir Tahun]





Dulu tak pernah terfikir pun nak buat list pembahagian juz dalam Al-Quran. Kalau nak mencari pun, biasa selak helaian je.

Tapi bila dah buat, baru nampak macam mana nak agihkan bacaan. Benda kecil, bila kita usahakan, Allah bagi rasa bahagia.

INSYA ALLAH

Yang mana nak download tu, atau nak share, silakan, tak ada halangan.

UMRAH BAB 6: Umrah yang Pertama


Entri 21

Teks & Foto: Munirah Yusoff

Hari ke - 4 : Madinah ke Mekah


Naik bas dari Madinah - Miqat di Bir Ali - Mekah
Perjalanan : +- 5 hingga 6 jam 

Alhamdulillah setelah empat hari di Madinah, kami bertolak ke Mekah untuk melakukan umrah. Selesai ziarah Wada' (menziarahi maqam Rasulullah s.a.w) dan jama' takdim (zohor dan asar) berjemaah di Masjid Nabawi, pukul 3 petang kami mula bergerak.


Yang mencabarnya, lepas siap makan tengah hari, dalam 1.45 pm kami nak turun menunggu
bas. Tapi sebab ada 14 tingkat dan ramai yang mula nak turun, dekat 30 minit
kami tunggu lif. 

Singgah di Masjid Bir Ali atau Zulhulaifah, +-7 km dari Masjid Nabawi
untuk Miqat Umrah.
Untuk lelaki di galakkan memakai ihram dari hotel, disini agak ramai
orang, jadi tak adalah kelam kabut.
Pastikan catit nombor bas atau ambil gambar dan ingat pintu
masuk keluar ke tempat bas.


QASABA SOUTH ENTRANCE
Pintu masuk ke tempat solat.


Pintu masuk ke tempat solat wanita. Sebenarnya masjid ni besar, kami ikut arus
ke mana orang pergi. 


Kawasan sekitar Masjid Bir Ali.




   Kami singgah di Masjid Bir Ali dalam 30 minit. Perkara yang dilakukan di Masjid Bir Ali ialah:
  1. Solat Sunat Tahiyatul Masjid
  2. Solat Sunat Ihram
  3. Berniat ihram
            "Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala."

           Bagi jemaah yang uzur  ataupun yang dijangka menghadapi halangan sepanjang melakukan 
           umrah dan wanita haid, boleh berniat ihram bersyarat.

           "Ya Allah aku berniat menunaikan umrah dan berihram dengannya. Sekiranya aku
             terhalang oleh halangan syarak, maka ketika itu aku bertahallul kerana Allah Taala."

     4. Bertalbiah dengan nyaring oleh jemaah lelaki sehingga memasuki Masjidil Haram*


         Dah selesai urusan di Masjid Bir Ali, kami mula gerak ke Mekah. Dalam bas, adalah di beri roti dan air botol, tapi saya simpan kalau waktu malam nanti tak sempat nak makan. Selepas 2 jam perjalanan, kami singgah di R&R (tak ingat nama tempat, gambar pun tak sempat ambil). Dekat sini, macam tak terurus sikit tempatnya. Nak pergi bilik air, kena hati-hati sebab berhimpit dan takut mengotorkan pakaian.

       Disebabkan tempat solat wanita dalam bangunan penuh, saya dan mak bersolat di kawasan dataran yang ada banyak tembok paras pinggang. Tembok yang boleh muat dalam 8 orang, sempat buat jama' takdim Maghrib dan Isya'. Di R&R ni walaupun banyak gerai makanan, tapi penuh. Dan kami pun tak sempat nak makan. Mulanya ingat agen yang uruskan makanan untuk jemaah, tapi sebenarnya kami yang kena uruskan sendiri. Jadi memang tak sempatlah nak pergi beli *Kesian kat mak ayah dan ada jemaah lain juga yang tak sempat makan*

        Tapi tak apalah, sabar. Mujur roti yang diberi awal-awal dalam bas siang tadi masih disimpan. Makan apa yang ada.
Selamat sampai di Hotel Al-Safwa, Mekah jam 9 malam.
Rehat sekejap di lobi sementara kad bilik di selesaikan.
Dalam 30 minit bila dah dapat, terus ke restoran hotel untuk makan
malam. Tapi makanan dah tak banyak, makan sikit apa yang ada.
Lagipun dah tak ada selera. 

       Lepas makan, kami ke bilik di tingkat 9. Sepatutnya beg besar di hantar ke bilik, tapi dapat tahu semua beg di letak di tingkat 8 (kebanyakkan jemaah ada di tingkat 8), terpaksalah angkat sendiri. Dah selesai semua urusan, 11.30 malam kami berkumpul semula di lobi untuk umrah bersama mutawif.

Setelah selesai tawaf 7 pusingan, dalam 40 minit.

Sai'e di bahagian bawah. Bukit safa dan marwa dah di pagar.
Di sini ambil masa dekat 2 jam, sebab ada yang tak larat
ikut mutawif. Tak laju mana pun, tapi mungkin untuk yang pertama kali
terasa laju.
Sebenarnya, kalau tak mahu rasa sakit tumit atau betis, kena buat
laju sikit dan jangan kerap berhenti.

        Selesai sai'e dan bertahallul dalam 2 pagi. Balik rehat dan waktu subuh jam 5 pagi datang semula ke Masjidil Haram. Tapi dah tak dapat masuk, penjaga dah letak penghadang di setiap pintu. Terpaksalah solat kat dataran. Nak datang solat kat Masjidil Haram tak sama macam Masjid Nabawi, dah azan pun boleh masuk lagi. Di Masjidil Haram sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit ke 2 jam sebelum azan dah kena ada dalam masjid. 

         Kalau ada rezeki dapat masuk, 30 minit sebelum azan boleh lagi, cuma kena pusing mencari tempat yang boleh lagi untuk bersolat.  Biasanya sebelum solat, penjaga masjid akan halau jemaah yang ada berdekatan laluan ke tempat tawaf. Jadi kena sentiasa bergerak sampai waktu imam mula nak solat, baru kita boleh solat di kawasan laluan orang. Dah selesai, memang kena cepat-cepat gerak, takut kena rempuh. :D


*********************************************************************************
Masa tawaf dan sai'e, walaupun ramai orang tapi masih boleh lagi bergerak dengan tenang. Mungkin sebab dah tengah malam. Cuma tetap kena hati-hati, kadang-kadang jemaah dari India walaupun kita ada di laluan kita, mereka akan tolak-menolak. Walaupun ada terasa sikit sakit hati tu, tapi sabar je.

Ada masa kalau mereka selalu tolak, pegang bahu kita untuk ke tepi, saya akan pegang tangan mereka dan minta mereka lepaskan dari badan saya. Jadi mereka tak akan buat lagi walaupun saya masih di depan.
*********************************************************************************


Bersambung nanti bila saya dapat tawaf sunat di setiap tingkat dan umrah kedua di waktu tengah hari. ^_^





Thursday 24 December 2015

UMRAH BAB 5: Ziarah Luar

Entri 20

Teks & Foto: Munirah Yusoff

Hari Kedua: 07-12-2015

Ziarah Luar: Masjid Quba' - Ladang Kurma - Bukit Uhud


   Kalau pergi luar negara, lagi-lagi yang pergi lama, antara yang paling penting adalah nombor negara tu. Mana larat nak guna nombor Malaysia selalu, sekali mesej dah RM 2, kalau nak telefon seminit adalah dalam RM 2.50 ke RM 3 seminit *tak berapa ingat*.  

       Masa nak cari kedai telefon, terpinga-pinga sekejap, sebab tak tahu celah mana. Itupun ikut satu famili yang sama grup dengan kami. Ikut lorong kedai makanan sebelah hotel penginapan. Tapi bila dah sampai kat kedai, sebab kami orang luar, kena ada salinan pasport baru boleh beli simkad. Satu hal pula nak kena patah balik cari agen yang pegang pasport. *Kat sini baru tahu yang lelaki je boleh masuk kedai, wanita tak boleh. Kalau nak juga, deal depan pintu je. :D *

        Tengah sibuk nak deal dengan orang kedai, yang jual simkad tepi-tepi kedai ni pula yang cuba nasib. Ikutkan memang tak ada masalah pun nak beli, cuma tengah serabut nak kejar waktu solat, saya tak jadi beli.  Balik dari masjid, baru singgah beli. Beli yang sekali dengan pakej Whatsapp.

Simkad
1. Mobily (kiri) - RY 70 : RY 25 simkad,  isi RY 25. RY 20 Pakej Whatsapp
2.  Simkad Zain (kanan) - RY 50: RY 25 simkad, isi RY 25

Kad ini ada ID yang diperlukan untuk topup. Kalau tak ada, memang tak boleh topup
dan kena beli simkad yang baru.
   

Kedai telefon STC. Yang ini kedai lelaki je boleh masuk dan foreigner kena
ada pasport kalau nak beli simkad.

Kalau tak nak beli situ, ada yang jual kat depan kedai tak perlu pasport. :D

         Ziarah luar yang pertama pergi ke Masjid Quba', 4km dari Masjid Nabawi.

Masjid Quba', masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah s.a.w di Madinah,
bila tiba di Quba' sewaktu hijrah.

Pada awalnya kiblat masjid ini menuju Baitulmuqaddis, kemudian diperintahkan oleh Allah
untuk mengadap Kaabah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang keluar dari rumahnya kemudian mendatangi masjid ini,
lalu dia solat di dalamnya, maka pahalanya seperti mengerjakan umrah.
(Riwayat Sabal bin Hunaif)

Sebaik-baiknya laksanakan:
1. Solat sunat Tahiyatul Masjis
2. Solat sunat Dhuha
3. Solat sunat hajat
4. Berdoa untuk apa-apa yang diperlukan.

Keluasan :13,500 meter persegi
Kubah: 56 (kecil), 6 (besar), 4 menara azan
Muat: 20 000 orang jemaah


*Disebabkan sejuk, pakai niqab untuk tutup sebahagian muka.
Beli dekat kedai bawah hotel, RY 5.*


     Ziarah kedua pergi ke ladang kurma, tapi tak sempat nak pergi ke bahagian luar tempat pokok-pokok. Orang ramai sangat beratur nak membeli dan bayar kat dalam kedai. Nak pergi sendiri, tak berani.
Pintu masuk ke dalam kedai. Pintu ke ladang kat belah belakang.

Antara jenis-jenis kurma yang popular.

         Ziarah yang ketiga, pergi ke Gunung Uhud. Gunung besar di sebelah utara Madinah. Jarak dalam 5.5km.

Dataran kawasan Gunung Uhud. Papan tanda untuk maqam syuhada. Terdapat kira-kira 70 maqam
orang yang syahid dalam Perang Uhud pada tahun ketiga hijrah.
Panjang gunung dari timur hingga hujung barat = 6km, warna kemerah-merahan

Pemandangan dari atas bukit memanah.

Tak dapat naik sampai atas, sebab fobia tinggi. Lagipun naik sendiri.
Mak ayah tak ikut naik.

Kawasan kedai makanan, farmasi dan beberapa kedai jualan sebelah hotel Al-Safwah.


Balik dari ziarah, sampai hotel sebelum zohor. Sempat beli kebab ayam, RY 5

Sempat beli aiskrim yogurt. :D

           Selesai ziarah, masing-masing buat hal sendiri. Biasa kami ke Masjid, tahan diri dari nak pergi ke kedai. Kalau menyinggah pun, beli yang penting. Dah beli apa yang perlu terus balik, tak ada nak melilau lama-lama.


***************************************
          Hari ketiga aktiviti bebas, jadi ada masa rehat sebelum bertolak 
ke Makkah (hari keempat) untuk menunaikan umrah yang pertama.
**************************************

Bersambung....
         

Monday 21 December 2015

UMRAH BAB 4: Madinah - Hari Pertama

Entri 19

Teks & Foto: Munirah Yusoff

6-12-2015 Madinah & Ziarah Dalam

Kaunter Lobi Hotel Al-Ansar Golden.
Kecik sikit, agak bersesak dengan grup dan beg.

Pintu masuk hotel
Sampai di Hotel sebelum 4 pagi. Lepas dapat kad bilik, beg semua kena angkut sendiri bawa ke bilik. Agak serabut juga sebab lif walaupun ada 3 tapi dengan 3 beg besar, 3 beg kecik, 3 orang dewasa, cukup dah penuh. Tapi yang paling terkedu, buka je pintu bilik, terus nampak bertimbun barang-barang hotel. Terpaksalah turun balik buat aduan, mujur ambil gambar dulu. Tunjuk kat Manager, dia pun terkejut. Nak sedapkan hati, tak apalah, mungkin ada staff dia yang terlepas pandang untuk kemaskini sistem bilik mana yang tak boleh digunakan.

         Jadi, daripada tingkat 11 dapat tingkat 12. Manager ikut sekali naik tingkat 11 angkut beg kami ke tingkat 12. Dan sebelum tu, dia pun jenguk bilik yang dah jadi stor tu. Banyak kali minta maaf, tapi kami ok je, sekurang-kurangnya dia tolong bawa beg. :D Sempat rehat 1 jam, 5 pagi dah ke Masjid Nabawi untuk solat subuh.

Jadual Waktu solat di Masjid Nabawi.
Uthman Bin Affan Gate, Door No. 25

Tiang penanda kawasan. Depan tu kawasan wanita tanpa anak.
Walaupun masih boleh dengar kanak-kanak menangis, tapi tak adalah
sampai rasa terganggu solat atau mengaji.
       Biasa datang 1 jam atau 45 minit sebelum azan untuk ada di kawasan karpet. Kalau lewat biasanya boleh masuk lagi tapi memang nasiblah dapat solat atas lantai sejuk tu.

================================================
TIPS WAKTU SOLAT DI MADINAH/MAKKAH:

1. Subuh 
Ada 2 azan.
Azan pertama 4.30 pagi untuk solat tahajjud. Bahagian   tak ada.
Azan kedua 5.30 pagi adalah azan Subuh.

2. Zohor-Asar-Maghrib-Isya'
Azan macam biasa.

Untuk setiap waktu solat, kebiasaanya Imam akan tunggu dalam 
20 minit selepas azan untuk beri peluang orang datang berjemaah. Jadi, sementara
menunggu tu, sempat baca 3-4 mukasurat Al-Quran.
==================================================


    Hari pertama tak sempat nak rehat lama-lama. Balik dari solat Subuh, sarapan. Ingat boleh terus balik bilik, tapi last minute plan ubah. Ziarah dalam buat hari kedua, tapi buat hari ni. Untuk wanita, pergi Raudhah. Untuk lelaki, Raudhah dan perkuburan Baqi'. Keluar dari hotel, angin sejuk memang menusuk. Rasanya bawah 20 celcius.

Mutawif, Ustaz Muhamad Bakri
Isman Hijjaz (pembimbing grup Muhibbin lagi satu, tapi bukan grup saya)

Mutawif untuk pembimbing wanita ke Raudhah. *Tak ingat nama*
Banyak dapat tips dari dia untuk survive di kawasan Raudhah.
Suasana di kawasan pintu masuk Raudhah 
Kami duduk di bahagian kiri sebelum pintu masuk Raudhah

             =======================================================
                                              TIPS DI RAUDHAH (UNTUK WANITA)

Waktu melawat (pintu di buka)

Pagi: 7am - 9am, tapi boleh duduk di dalam sampai 11.30am
Tengah hari: 1pm - 3pm (selepas solat Zohor)
Malam: 9pm - 11.30pm tapi boleh duduk di dalam sampai 2 pagi.

Masuk, solat dan berdoa

a) Masuk biar berteman atau ikut grup. Nak masuk sendiri pun tak ada masalah, tapi pastikan selit -selit di bahagian wanita asia (Malaysia atau Indonesia) yang lain. Kalau boleh elak dari ikut wanita dari negara yang berbadan besar. Ye la orang asia ni badan kecik-kecik, kalau tahan di rempuh, silakan. :D

b) Sementara nak tunggu pintu ke Raudhah di buka, duduk berdekatan dan buat apa-apa solat, yang mana sempat. Kalau orang dihadapan beranjak, ikut sekali beranjak.


c) Bila ada di kawasan berdekatan pintu masuk, pergi ke bahagian tepi dinding. Sekurang-kurangnya kalau di rempuh, ada tempat nak bertahan, Dan ini sebenarnya memudahkan kita untuk dapat solat di dalam Raudhah.



d) Nak solat sunat situ, kena pantas tengok tempat kosong sebelum orang lain ambil. Tapi memang mencabar sebab orang akan tolak-tolak dan lalu-lalang depan kita. Kadang-kadang kalau nasib tak baik, orang yang besar main langkah kepala orang yang tengah sujud.



e) Bila dah solat terus berdoa. Nak ada lama kat situ sambil berdoa, boleh selagi penjaga tu tak halau. Yang penting, jangan turunkan tangan masa berdoa. Kalau dah turun tangan, biasanya penjaga akan suruh kita pergi. Tapi selagi nak berdoa, cuma anjak ke tepi atau anjak ke depan. Ada rezeki dapat tempat yang luas sedikit untuk solat lagi, terus solat. *Teruskan anjak ke depan sampai ke depan sekali kalau nak lama-lama disitu.

=========================================================


   Alhamdulillah Allah beri peluang untuk mudah masuk ke Raudhah. Rasa macam kejap, tapi sebenarnya lama jugak. Ok, bila dah selesai, perlahan-lahan keluar dari situ. Kalau masa keluar tu ada orang tengah sujud, lalu tepi orang yang tak solat. Kami selesai semua sebelum pukul 11 pagi.

     Cabaran hari pertama agak berat sebab urat betis tegang bila berjalan. Urat tulang belakang lagi tegang bila nak rukuk dan sujud waktu solat. Balik bilik terus demam urat sebab tak cukup rehat.  *Saya baca petua kalau nak urut kaki, genggam tangan macam nak tumbuk orang, tulang yang timbul tu buat urut kaki. Dan saya buat memang jadi.*

Hotel Al Ansar Golden depan Masjid Nabawi
Hotel Al Ansar Golden -pintu masuk 25-
Suasana 'pasar' depan pintu Masjid. Waktu pagi lagi ramai, bersesak-sesak orang
menjual dan membeli. Tapi ada sesetengah waktu, bila dah tiba polis akan 'halau'
mereka. 

Payung di Masjid buka sebelum subuh dalam 4.30 pagi.

     Selesai hari pertama dengan ziarah Raudhah. Ziarah pada hari kedua akan disambung nanti. ^_^






Friday 18 December 2015

UMRAH BAB 3: Hari Berlepas

Entri 18

Teks & Foto: Munirah Yusoff

KLIA - MUSCAT - MADINAH


Alhamdulillah hari untuk pergi membuat umrah dah tiba (5hb Disember 015). Kami (saya, mak dan ayah) bertolak ke KLIA 4.50 pagi. Sampai sana wrapping beg dulu, berkumpul sekejap di kawasan kaunter M (check-in) untuk letak beg dan terus solat Subuh (di Tingkat 3 sederet Burger King dan Menara Medical Clinic).

SUPERSTRAP+
Ada 2: berdekatan Kaunter C/D & Kaunter L/M

Senarai Harga mengikut barang

Harga

    Sementara menunggu agensi selesaikan urusan daftar masuk beg (grup) dan tiket jemaah, kami pergi sarapan di KopiTime (tutup mata jap pasal harga sebab taknak lapar). Masa ni terlepas taklimat oleh Ustaz Ghazali Ibrahim, tapi dia terangkan semula. Tak banyak mana pun, cuma peringatan pasal perjalanan.

     8.30 pagi dah siap-siap nak masuk bahagian pelepasan. Masa nak tunggu masuk tu, ramai juga jemaah dari agensi lain. Kebanyakkan dari Rayhar dan Andalusia. Bila dah masuk tu, jangan leka sangat jenguk barang atau membeli. Berlepas 9.50 pagi tapi dah ada kat Gate C3 sebelum 9 pagi. Kononnya ingat sempat lagi nak beli majalah, sekali mak telefon kata dah final call. Terus tak jadi beli, cepat-cepat lari walaupun kedai dekat je.

WY 0824 Oman Air.
Ruang besar: tempat duduk 3+5+3
    Masuk dalam kapal 9.10 pagi dan sepatutnya berlepas 9.50 pagi. Tapi 10.10 pagi baru gerak, katanya trafik udara 'sesak'. Aircond tak pasang, duduk pula tepi tingkat yang kena matahari, memang berpeluh jugaklah. Pening kepala kurang udara. *Cabaran dan dugaan yang pertama, sabar, sabar*

Skrin 'TV'
Yang penting, boleh cas telefon. Mujur letak cable dalam beg sandang :D
Makan tengah hari. Bolehlah, makan je.
Ayam + Spaghetti
Perjalanan KL- Muscat : 6jam 25 minit
Beza waktu : Muscat lewat 4 jam dari Malaysia
Dari atas memang nampak Muscat macam tandus, padang pasir.
5pm waktu Muscat. Turun dari kapal terbang, kena naik bas untuk masuk ke
balai ketibaan. Adalah dalam 5 minit

Muscat International Airport
WiFi kat sini percuma. Sempat sekejap whatsapp keluarga kat Malaysia.
Kaunter Hotel Transfer. Perlu ada:
1. Pasport
2. Tiket
3. Slip Transit Visa 

Nak selesai dengan Imigresen tak adalah lama sangat.
Tak sampai sejam pun.
Slip Transit Visa bila nak keluar dari Airport

==============================================
TIPS:
Kalau nak keluar dari airport, pastikan masa di Imigresen, ada:
1. Tiket transit dari KL-MCT Jangan di buang.
2. Boarding Pass MCT - MED
3. Pasport (yang ini memang wajib la kan :D)
==============================================

Bangunan luar airport
Kawasan sekitar sepanjang perjalan dari Airport ke hotel Tulip Inn
Antara kedai-kedai makan yang ada.

   
Hotel Tulip Inn. Dari airport ke hotel dalam 12km.
WiFi sini kena bayar. OR(OMAN RIYAL) 30 sehari
Dah selesai transit, 8pm datang semula ke airport.
11.15pm bertolak ke Madinah.
Perjalanan dari Muscat ke Madinah: 4 jam
==============================================
TIPS:
Sekali lagi masa dekat airport, bahagian Imigresen nak lihat:
1. Slip Transit Visa 
2. Tiket transit KUL-MCT
3.Boarding Pass MCT-MED

*Jadi apa-apa slip atau tiket yang ada, jangan dibuang. Selit siap-siap
di pasport supaya tak hilang.
===============================================
Makan malam. Ayam + Sayur. Masa ni tengah mula nak gastrik sebab tak makan
malam di hotel. Tapi tahan je, makan perlahan-lahan tak kasi perut lagi terkejut.
Alhamdulillah. Selamat sampai di Airport King Abdul Aziz, Madinah.
Dekat imigresen, diorang santai je siap boleh borak-borak
sambil buat kerja *memang saja buang masa orang tunggu lama-lama*

Beza Waktu Muscat - Madinah: 1 jam (Madinah lewat 1 jam)
Beza Waktu Madinah - Malaysia : +- 5 jam (Madinah lewat 5 jam)

       Dah sampai Madinah dalam 1.30 pagi, 16/12. Tapi nak selesaikan urusan imigresen dan beg lama sikit, dekat pukul 4 pagi baru sampai Hotel Golden Ansar. Bila dah lama tak naik kapal terbang lama-lama ni, jadi badan terasa mengejut terutamanya perut dengan kaki.


      Cabaran hari pertama di Madinah, akan bersambung nanti. :D