Monday 30 November 2015

KLINIK USAHAWAN DR AZIZAN

Entri 15

Teks & Foto: Munirah Yusoff



Dulu nak pergi tak ada kawan, tapi bila ada kawan yang sama-sama buat bisnes nak pergi cari orang untuk cukupkan 3 orang 1 pakej, terus semangat nak ikut.

    Klinik Usahawan Dr Azizan ni, harga asal RM 50/orang, kalau dapat 3 orang sekali daftar dapatlah harga murah RM30/orang. Murah pun murah, dapat lagi buku percuma (harga RM 35).

     Saya, Kak Diyana a.k.a Kak D (kawan kakak yang secara tak langsung terjadi kawan sendiri :D) dan Kak Kalsom (housemate Kak D) pilih tarikh terakhir program (29.11.15) di Shah Alam. Dekat sebulan lebih juga nak menunggu perginya.

Resit Pendaftaran bila pihak penganjur terima
pembayaran
E-Tiket yang pihak penganjur bagi melalui SMS.
Buku percuma termasuk dalam pembayaran tiket.
Lepas daftar di kaunter dan borang 'kedatangan'
diserahkan, baru buku ini diberi.

  Walaupun kita akan rasa maklumat yang diberikan boleh je baca atau tonton mana-mana video, tapi takkan 100% sama dengan apa yang kita dengar. Ada maklumat yang mungkin kita tertinggal atau tidak di kongsi.

   Tak salah pun kalau pergi ke mana-mana program, asalkan pilih yang betul-betul berkualiti. Dah pergi, aplikasikan semua perkara yang diterangkan untuk dapatkan hasil. Dan yang penting, buat survey sebelum pergi program. Jangan sampai habis beribu-ribu tapi tak ada hasil. 

      Klinik yang saya pergi ni, 3 jam saja. Tak terasa cepat atau lambat pun sebab speaker asyik bercerita. Selang seli dengan video, soal jawab, aktiviti. Cerita pasal kerjaya sebelum 'tumbang', macam mana boleh bangkit semula, apa yang kita perlu tetapkan fokus dan matlamat supaya berjaya, macam-macam lagilah.

  Nampak macam klise; kena tipu beribu-ribu ringgit, projek gah tapi gagal, leka dalam seimbangkan dunia dan akhirat, lupa nikmat sebelum atau selepas berjaya. Tapi sebenarnya setiap orang ada cerita dia yang tersendiri. Pengalaman yang berbeza-beza, cara penyampaian pun berbeza-beza. 


    Program ni semuanya ok, dapat juga banyak maklumat nak di buat supaya dapatkan hasil yang bagus. Cuma satu je tak berkenan. Sesi naikkan semangat tapi peserta yang menjerit macam nak pecah gegendang telinga orang lain. *mungkin sebab saya ada migrain,  jadi anti dengan bunyi bising yang kuat berterusan*  :-0

      Yang mana nak cuba dulu dengar macam mana Dr. Azizan kendalikan program, Klinik Usahawan ni berbaloi juga. Kalau tak mahu bayar yang IMKK ( paling murah tiket RM1999) kali pertama, cuba yang Klinik Usahawan. Nak atau taknak je. 😈


Friday 27 November 2015

Kad Geng PTS

Entri 14

Teks & Foto: Munirah Yusoff

Sebelum ni saya ada cerita (Entri 6), bila nak beli buku di kedai buku PTS, diskaun bergantung kepada promosi. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, memang bayar harga yang tertera di buku.

     Tapi sejak minggu lepas, PTS dah mula buat kad ahli. Jadi bila PTS buat promosi beli buku dapat diskaun 10%, sebagai ahli kita akan dapat diskaun 15%. Nak jadi ahli percuma je, cuma kena datang ke kedai dialah. :D

Kad Geng PTS.

   Mulanya nak dapatkan kad je, tapi bila buku baru Matlutfi dah keluar, lepas tu terpandang pula buku Komik Tazkirah Tok Guru (TG Nik Abdul Aziz) (Kartunis Athool) dengan Fotografi Gaya Mukmin (UAI, Imran Burhanuddin), tak boleh tahan. Nak juga belinya. ^_^

Buku Momen2 Matlutfi

Carta Top 20
Sumber: FB PTS

Papan Tanda kedai dah bertukar. Sebelum ni BookCafe.


     Nampaknya 'hajat' supaya PTS ada kad ahli dah tercapai. Sebab dah tak payah susah-susah nak pergi POPULAR atau MPH kat wangsa maju semata-mata nak dapatkan buku PTS dengan diskaun. Heheee.

Tuesday 24 November 2015

Zawara Coffee (Setapak)

Entri 13
Teks & Foto: Munirah Yusoff


Sejak tahu ada Zawara Coffee kat Bukit Jelutong, teringin juga nak cuba menu makanan dan minuman yang ada. Disebabkan jauh, tak adalah niat nak pergi tu kuat. Tapi bila FB Zawara Coffee update  outlet dekat Setapak akan dibuka, semangat pula nak tunggu. :D

      Tunggu punya tunggu, baru diorang buka dalam minggu lepas. Cuma tengah hari tadi baru dapat pergi. Ramai juga orang datang walaupun baru buka. Masa nak order, sebab tak tengok gambar menu pilihan yang ada dalam laman web [http://www.zawaracoffee.com/], jenuh nak pilih. Yang ada pun gambar dekat kaunter ada 5, lain-lain cuma senarai. Nak pilih Cheese Meltz Burger  tak ada, yang ada Soft Shell Crab Burger tapi harga RM 23 la *tak cukup bajet*. Heheheee

ZAWARA COFFEE Setapak

No. 7-0, Platinum Walk, Block C,
No. 2, Jalan Langkawi, Setapak 53300
Kuala Lumpur 

Kaunter order dan ambil makanan. Layan diri.

Menu Air

Menu Air

Menu Air

Menu Dessert

Menu Makanan

Menu Makanan

Alat memang canggih, nama Pacer. Lepas order, akan dapat alat ni siap dengan nombor.
Bila order siap, Pacer akan berbunyi macam bunyi telefon berdering. Keliling Pacer akan berkelip
warna merah dan status nombor bertukar jadi calling.
1. New York HotDog - Rasa biasa je *Ni memang menyesal beli sebab ikutkan nak beli
yang lain daripada yang lain. Tapi nak jimat nya pasal, redha ajelah* :D

2. Churros with Ice Cream - Padat, tak gebu tak keras, sedang-sedang je.
Rasa gula dengan cinnamon seimbang, tak terlalu manis.

3. Coffee Coconut Frappe - Y_Y Rasa kopi je yang kuat. Kelapanya langsung tak rasa.

Nampaknya lain kali kena senaraikan dulu apa yang nak di makan. Main terjah-terjah ni memang apa pun tak puas. :P
      Ok, selain daripada di Setapak yang baru buka ni, antara outlet Zawara Coffee yang lain:

        Selamat makan dan minum! ^_^ Jangan lupa rancang apa yang nak makan dan minum.


       
     

Sunday 22 November 2015

Jualan Harga Runtuh (Dewan Beringin Sri Gombak)

Entri 12

Teks & Foto: Munirah Yusoff


Jualan Harga Runtuh
Tempat : Dewan Beringin Sri Gombak
Tarikh   : 20/11 - 29/11/2015
Masa      : 11 am - 9 pm

Kebanyakkan barang macam baju, beg, kasut, minyak wangi, barangan bayi dan permainan. Pakaian orang dewasa ada yang nampak macam dah lama sikit, tapi kalau barangan bayi kebanyakanya nampak elok. 

    Kalau ada yang cari barang bayi atau kanak-kanak yang murah, bolehlah datang sini.
















===================================
Munirah
Blog rasmi: munirah-yusoff.blogspot.my
FB/IG: munirahyusoffonlinestore
==================================

La Juiceria Cold-Pressed Juices

Entri 11

Teks & Foto: Munirah Yusoff


Lama dah berkenan nak beli La Juiceria ni, tapi tak beli-beli pun. Tapi bila semalam ternampak La Juiceria masa berjalan-jalan di KLCC (dekat kawasan Popcorn Garret's, Candylicious, Maybank, surau), terus beli. Tak ada fikir banyak kali. Salah satu pengaruhnya sebab tengok iklan GoShop pasal Hurom Slow Juicer. Lagilah membuak-buak perasaan nak merasa jus buah yang banyak air. Perahan air daripada buah tanpa perlu tambah air.



        Saya pilih:
=========================================================
1. PAM (Pineapple, Apple, Mint) -  RM10.99

Memang sedap sebab tak ada rasa serat langsung. Manis pun daripada rasa buah, 
bukan daripada tambahan gula. Air jus pun memang terasa pekat.


2. Chocolate Almond Mylk (Almonds, Cinnamon, Agave Nactar, 
Alkaline Water, Premium Choco, Himalayan Salt) - RM 13.99

  Saya pilih yang ini sebab saja nak merasa apa rasa air yang di campur dengan cinnamon. 
Tak pernah lagi minum air yang ada cinnamon. Bolehlah, bukan
sebab tak sedap, tapi sebab tak biasa lagi minum yang ada Cinnamon. :D
========================================================


     Kalau nak dapatkan Kad Loyalty ni pula, kena beli minimum RM 25 ke atas. Itu yang saya pilih Chocolate Almond Mylk sebab ngam-ngam harga RM 25 bila beli sekali dengan PAM. *Saya memang suka kumpul kad + jadi ahli mana-mana kedai yang ada buat tawaran ahli* ^_^

       Antara kelebihan jadi ahli La Juiceria (kad Hijau):
  1. Lepas beli kad di kaunter, daftar melalui online. Dapat point 125 ( bernilai 1 botol Green Juice)
  2. Setiap pembelian akan dapat point. RM 1 = 1 point
  3. Minggu Istimewa hari lahir. Diskaun 10% sepanjang minggu hari lahir. Kumpul 2x point + 10% pada tarikh hari lahir.
  4. 10% diskaun untuk jus bulanan.
  5. Promosi eksklusif bulanan.



Untuk kad VIP (Kad hitam):
Selain daripada tawaran 5 di atas, setiap kali pembelian jus, 
pemegang kad VIP akan dapat diskaun 10%.


'7-Day Juice Cleanse'

Harga jus 

Harga jus

Harga smoothies

Kaunter Cold-Pressed di KLCC

Suria KLCC La Juiceria Cold-Pressed Detox Bar
OSC 13, Concourse Expansion Floor,
Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur
Opening hours: 8am-10pm, daily
Phone line: 03-2181-5731

Kaunter Cold-Pressed di KLCC


Fokus 2016, kumpul duit nak beli Hurom Slow Juicer. ^_^


Selain daripada KLCC, Outlet La Juiceria yang lain:
(http://lajuiceria.com.my/)





Munirah Yusoff
Blog Rasmi: munirah-yusoff.blogspot.my
FB/IG: munirahyusoffonlinestore


Friday 20 November 2015

Siri Laksamana Sunan ( Ramlee Awang Murshid)

Teks 10

Teks & Foto: Munirah Yusoff



Sejak dapat tahu novel siri Laksamana Sunan yang ke - 8 iaitu Sunan Cinta Nan Sakti, penulis Ramlee Awang Murshid (RAM) akan keluar, memang tak sabar nak dapatkan. Tapi masa novel ni keluar, 200 buku saja di Jualan Gudang Karangkraf.

      Di sebabkan jauh nak ke Shah Alam, buku pun terhad, tambah lagi mesti ramai peminat RAM yang lain berpusu-pusu nak dapatkannya, tak mampulah saya nak terjah. Dua hari RAM ada di sana untuk sesi bertemu peminat dan tanda tangan. 

       Bila grup RAM Fan Club buat status di Facebook (RAMFC) untuk belian online, lagi semangat nak beli. Cuma permulaan tu, khas bagi yang pernah beli dengan mereka. Jadi memang tak ada harapan nak jadi batch pertama yang beli.

       Kali kedua baru mereka buka slot untuk yang lain beli. Memang tak boleh nak lepaskan peluang, sebab tawaran yang best: TANDA TANGAN RAM & KALENDAR 2016. Berbaloi bila dapat beli lewat sedikit. :D

         Tempah 13/11 (dua hari sebelum hari lahir) dan sampai dalam genggaman hari ni (20/11). Jadi lengkaplah sudah siri Laksamana Sunan, tapi mananlah tahu kalau ada sambungan lagi ke tak, nanti.

Siri pengembaraan Laksamana Sunan
     Selain daripada thriller yang menarik, plot jalan cerita pun  teratur, tak rasa tergantung cerita sebab masa membaca perlu banyak berfikir. Dan yang penting, banyak terselit keagamaan. ^_^ Bukan novel omong kosong atau setakat mimpi berangan. 

     Yang nak beli buku ni dengan tanda tangan dan kalendar 2016, rasanya masih boleh tempah melalui FB grup Ramlee Awang Murshid Fan Club ( RAMFC).

FB RAMFC






===================================
Munirah
Blog rasmi: munirah-yusoff.blogspot.my
FB/ IG: munirahyusoffonlinestore
===================================




Thursday 19 November 2015

Popcorn CORNERY

Entri 9

Teks & Foto: Munirah Yusoff


Cornery dekat KL Festival City Mall, Setapak. Keluar dari tempat letak kereta, terus nampak lot Popcorn ni. Elok je masa tengah rasa nak mengunyah, beli lah juga yang saiz kecik.

      Sebab tak pernah jumpa lagi Popcorn yang ada perasa pisang, teringin pula, sedap ke tak. Mula-mula rasa cam pelik juga, tapi makin lama makin serasi dengan tekak. :D



Harga dan saiz

Perasa pilihan:
1. GULA MELAKA
2. PEANUT
3. BUTTERSCOTCH
4. CARAMEL

Perasa Pilihan:
5.  CHOCOLATE
6. BANANA
7. WHITE CHEESE
8. SEAWEED

Saiz Besar

Saiz Sederhana

Saiz Kecil


Francais Cornery:
1.  KL Festival City - Lot GK-08
2. Cheras Sentral - Lot 700-B-35
3. IOI City Mall -  Lot LG-K9
4. Quill City Mall - Lot 5-38


 Laman Web: cornery.com
Facebook: cornerymy

     Setakat ni, Popcorn Garret's yang selalu rasa nak beli, siap bekas pun nak beli sekali. Tapi sebab jauh sangat nak ke KLCC, boleh lah nak pergi cornery ni bila teringin nak makan popcorn ada perasa. : D


====================================