Saturday 7 November 2015

MINI WORKSHOP FOR PLAGIARISM

Entri 2

Teks: Munirah Yusoff
Foto: Munirah Yusoff

sumber: UNITAR

Hari Selasa lepas dapat emel dari UNITAR, MINI WORKSHOP mengenai plagiarism. Saya pun buat reservation untuk hadir setiap slot. Tapi tadi bila datang, call orang yang handle program ni, tengah mesyuarat pula. 
       
       Yang tukang angkat telefon tu suruh telefon semula dalam 10 lebih. Nampak gaya kalau dah macam tu, memang tak kuasa la nak menunggu. Lagipun tak pasti bila mesyuarat tu habis, balik aja lah nampak gayanya.

           Tapi satu yang saya rasa selama ni tak pernah nak pandang *hampir 2 tahun belajar kat UNITAR*,  adalah kawasan UNIEC SPACE. Walaupun pernah ada kelas kat Tingkat 9, tak pernah nak masuk sini. :D
    Kebetulan tadi, tak pasti pelajar yang ambil jurusan Childhood Education atau memang pensyarah, tengah mengajar kanak-kanak tadika kat situ. Sementara menunggu *workshop-yang-belum-pasti-ada-ke-tidak*, dengarlah lagu kanak-kanak yang diorang pasang. Riuh budak-budak menyanyi.  

        Teringat pulak zaman kecik-kecik. Zaman yang tak payah fikir masalah banyak-banyak. :D Ok, bab workshop tadi yang dah dekat 20 minit tunggu tak ada apa-apa, orang yang mengajar pun tak muncul-muncul, saya balik terus. Singgah IKEA kononnya nak beli barang, baru teringat yang kedai buku BORDERS ni masa nak masuk parking IKEA. 


     Selalu singgah IKEA dan THE CURVE, tapi tak teragak pun nak jenguk sini. Boleh tahan besar, buku pun banyak, macam KINOKUNIYA pun ya. Boleh jadi salah satu tempat dalam senarai wajib kedai buku untuk dilawati selalu *gila-tengok-buku*. Heheheeee.

No comments:

Post a Comment