Wednesday 31 August 2016

MPH: Promosi Beli 1 Percuma 1

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Hari ini ingatkan mahu pergi ke Secret Recipe untuk beli kek murah sempena Hari Merdeka ke 59.

Sekali sampai di Aeon Wangsa Maju, beratur panjang siap ada tali rentang macam di airport. Terus tak jadi nak beli sebab tak sanggup nak tunggu lama. Di Prima Sri Gombak pun, sama ramai orang.

Lagipun masa ni, tak adalah mengidam sangat nak makan.

Banyak juga yang ada promosi murah - ChatTime, Kenny Roger's, Starbucks, Coffee Beans.

Disebabkan tak dapat beli Secret Recipe, terus pergi ke MPH. Hari ini hari terakhir ada promosi Buy 1 Free 1 untuk buku-buku terpilih.

Dah lama nak beli Siri Bedtime Stories Sentap, jadi memang masa yang sesuai lah nak beli waktu ni. Jimat RM 20. :D

1. Bedtime Stories Sentap Siri Pertama (RM20)
2. Bedtime Stories Sentap Siri Kedua (RM 20)

Penulis - Shukery Azizan

Terbitan Maghfirah
Yang saya suka mengenai buku ini:
  • Cerita-cerita ringkas mengikut Juzuk di dalam Al-Quran. 
  • 1 Juzuk 1 Cerita
  • Penerangan yang mudah untuk difahami
  • Sesuai juga untuk tazkirah.


Buku kanak-kanak yang terlibat untuk promosi
Buy 1 Free 1
Kebetulan anak saudara ada, jadi ambil kesempatan jugalah untuk beli buku ni untuk mereka.

Salah satu cara nak buat mereka tak terlalu bergantung pada tab atau handphone. Lagipun seronok tengok mereka leka mewarna, gunting dan tampal, cari gambar yang sama. Baru dapat mereka banyak bercakap. :D

Sekarang ini, redeem point MPH dah naik. Daripada 100 point RM 5, jadi 150 point RM 5.

Jadi agak jarang nak beli kecuali jika ada promosi. 

ZAWARA COFFEE : CHEESE MELTZ CHICKEN BURGER

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Kali ini cuba menu Zawara yang lain : Cheese Meltz Chicken Burger dan Chocolate Macadamia Frappe dekat Zawara Coffee Wangsa Melawati.

Pejam mata je tengok harga, lagipun memang jarang makan sini. Biasa 2 - 3 bulan sekali, itu pun tengok mood. 

Punca utama nak makan tu, bukan sebab burger. Tapi sebab berkenan tengok design botol air mineral.

Saya memang suka benda alah cenggini. ^_^




Chocolate Macadamia Frappe : RM 12

Air botol Mineral : RM 2


Cheese Meltz Chicken Burger RM 15

Cheese Meltz Chicken Burger

Cheese Meltz Chicken Burger

Tengok macam meriahkan. Bila buka, tak adalah banyak cheesy pun. Adalah rasanya, daging memang tebal. Puas hati, cuma kurang perasa daging burger tu.

Staff Zawara Coffee Wangsa Melawati mesra. Siap hantar makan dengan minuman ke meja walaupun saya bungkus. 


Friday 3 June 2016

Karangkraf : MY RAMADHAN KIT

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Hari ni punya beriya pergi Karangkraf, Shah Alam sebab jualan gudang. Tapi boleh pula terlupa sebenarnya sampai 2hb je. Hehehe.
.
Tak dapat nak borong buku dengan majalah.
.
Disebabkan tak mahu balik dengan tangan kosong, masuk jugak la dalam kedai dia. Jalan-jalan, pusing-pusing keliling rak buku, terdengar perbualan staff dengan pelanggan yang nak beli MY RAMADHAN KIT.
.
Terus teringin nak beli. Offer barang yang memang menarik minat. Dalam pakej harga RM49.90 ni ada:

+ Journal Ramadhan
Buku nota yang menarik sempena bulan RAMADHAN.

+ Shawbyvsnow bernilai RM99
Bolehlah nanti guna masa raya. :D

+ Majalah Hijabista Jun 2016
Walaupun dah kurang minat nak baca majalah fesyen, tapi kadang-kadang seronok tengok  fesyen terbaru.

+ 5 keping sampul duit raya
Buat simpan dalam kotak. :D Sayang nak guna.
.


Boleh dijadikan hadiah





Kalau diikutkan kata staff, MY RAMADHAN KIT ni diutamakan untuk pembelian melalui online. Tapi yang bagusnya, dia boleh layan juga permintaan saya yang nak beli secara walk-in.
.
Rasanya boleh lagi nak beli online, boleh tengok FB KARANGKRAF MALL untuk maklumat lanjut.
.

P/S : Semangat RAMADHAN tahun ni untuk buat catatan yang teratur. Insya Allah.. amin..

Saturday 28 May 2016

BB1M 2016 : RM 100

Teks : Munirah Yusoff
Foto : Munirah Yusoff & BBW 2016


Selamat sudah habiskan BB1M kat sini. Lepas selesai urusan di Graduan Aspire KLCC, terus singgah The Mines 2 untuk acara Big Bad Wolf "pusing-banyak-kali-cari-buku".


Disebabkan ada tawaran FAMILY PACKAGE ni, saya cakap dengan kawan, kalau dia nak kotak kecil tu, boleh bayar sekali. Saya dah tentulah ambil yang kotak besar sebab nak guna BB1M :D
.
Kawan pun ok saja. Dah selesai beli kotak, masing-masing berpecah cari buku. Yang pasti memang jenuh saya nak penuhkan kotak, banyak kali pusing-pusing mencari buku yang berbaloi.
.


Tak semua buku yang saya cari, saya dapat. Jadi masa tengah terdesak tu, kawan cakap ambil buku bisnes yang dia beli. Nak cari buku kanak-kanak, tapi banyak yang tak berbaloi. 
.
Dapat ambil 2 buku sticker dengan 1 buku mewarna. Itu pun tak mampu nak lama kat tempat buku kanak-kanak. Ramai sangat orang.
.
Buku bisnes yang sempat di ambil.

Buku berkaitan kecantikan.
Al-maklumlah sekarang part-time dekat ABS Beauty. 

Novel Bahasa Inggeris + Biografi.
Tak berapa nak rajin sangat nak baca, tapi tengok mana yang
rasa menarik, baru ambil.

Buku cerita Enid Blyton yang dicari, dapat juga.
Jenuh nak godek-godek.
Yang lain tu, suka hati je ambil, buat syarat nak penuhkan ruang
dalam kotak.

Kalau diikutkan, saya bukan jenis yang suka baca buku Inggeris, jadi agak sukar nak tentukan buku mana yang nak dibeli.
.
Untuk buku bisnes, mungkin tak ada masalah sangat, sebab tahu jenis yang nak dibaca. 
.
Ini kali kedua saya pergi BBW, tahun depan tak tahu lagi rajin ke tak nak pergi. :D
.

Friday 27 May 2016

BB1M 2016 : RM 150

Teks & Foto : Munirah Yusoff



Hari ni selamat dah borong buku guna BB1M RM 150. Lama dah berkenan nak beli buku set Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.
.
Walaupun ada sikit lagi yang tak cukup, tapi banyaklah juga dapat. Kebetulan sebagai dropshipper Bookcafe, dapatlah diskaun lebih sikit. *Alhamdulillah*
 .
Buku tafsir Al-Azhar karya Prof. HAMKA ada diskaun separuh harga, dari RM 90 ke RM 45. Memang harus dibeli, buku pun tebal, harga pula tengah murah. Berbaloilah beli masa sekarang. :D
.
Cuma kena tambah sikitlah. Yang seronoknya dapat hadiah percuma untuk pembelian RM 200 keatas. Dapat :
1. Beg kanvas & baju T-shirt Puteh Press
2. Baucer RM 10
.

Tips beli buku secara online (ini pembelian melalui BOOKCAFE, mungkin hampir sama dengan yang lain):
1. Pastikan BB1M tu dah siap ada nama, IC, no.HP dengan cop universiti.

2. Fotokopi IC dan kad pelajar. Setiap helaian, tulis nombor order supaya senang pihak kedai buku nak rujuk.

3. *Tambahan* Kita pun kena simpan juga nombor siri BB1M tu. Hehehhee
.

==============
Penuh waktu terluang nak baca buku-buku ni. Boleh leka. Tak ada internet pun ok je. ^_^
==============

Tuesday 24 May 2016

Kidz Planet (Wangsa Walk)

Teks & Foto : Munirah Yusoff





Hari ni saja-saja bawa anak saudara tengok cerita Angry Bird di TGV Wangsa Walk. Sementara nak menunggu tu, singgah Kidz Planet, dekat dengan tangga nak ke TGV.

.
Ini bukan setakat anak saudara yang seronok main, mak saudara pun layan main sekali. Cuma tak naik lah yang gelongsor tuh. :P

Nak masuk sini pun ada tiket.
Sebab bayar sekali dan boleh keluar masuk sepanjang hari.

Harga untuk masuk ke Kidz Planet.
Nak masuk kena pakai sarung kaki, RM 5 sepasang.
Jadi nak selamat jimat duit, bawa siap-siap.


Kawasan mainan macam pantai.
Dari jauh nampak macam guna beras,
tapi sebenarnya Cassia Seed.

Penerangan mengenai Cassia Seed

Bentuk Caasia Seed. Ala-ala beras @ kacang hijau.
Sedap pijak, jadi terapi kaki. :D

Tempat memanjat.

Gelongsor.

Oklah, seronok main sini. Cuma bukan musim cuti sekolah, tak ramai pun budak-budak yang ada. Masa kami masuk, ada 1 keluarga saja (mak+ayah+anak seorang). 
  • Harga RM 25 sekali masuk untuk seharian.
  • Harga untuk 1 kanak-kanak dan maximum 2 dewasa. Dewasa yang ketiga di caj RM 5
  • Kebersihan dijaga. Nak masuk kena pakai stokin + sanitarize tangan.


================
Nota kaki:
Jenuh kalau anak ramai, semua nak masuk sini.
Saya pun fikir banyak kali nak bawa anak saudara seorang.
Sekali saja masuk, lepas tu memang selamat tinggal la. :D
Buat lepas hajat dia nak main taknak bosan.
================

Sunday 22 May 2016

Jualan Gudang MPH

Teks & Foto : Munirah Yusoff



Sekarang ni, pantang sikit kalau tahu ada mana-mana jualan gudang buku, mesti nak pergi. :D
Hari ni, sempat pergi sekejap ke Jualan Gudang MPH di PJ. 
.
Pening nak jumpa gudang MPH ni. Saya cari dalam waze atau maps, kawasan dah betul cuma tak sampai betul-betul. Nak senang sila buat carian WISMA ALI BAWAL. 
.

Banyak juga buku, tapi banyak buku Bahasa Inggeris dan buku yang memang boleh dikatakan out-dated *Dah namanya Jualan Gudang sehingga 90%, mestilah buku-buku lama.' ^_^
.

Disebabkan saya terpaksa selak lama-lama buku yang ada untuk cari yang berbaloi, tak sempat nak ambil gambar banyak. Kebetulan bawa anak saudara yang kecil, terpaksa beri dia main game supaya tak bosan. Ruang pun agak sempit sikit dan terasa bahang panas.


Buku-buku yang dapat dibeli dengan haga yang murah.

Pujuk anak saudara dengan buku mewarna dan sticker magnet.

Jumlah semuanya dalam RM 37++ . Oklah berbaloi.
.

Rasanya dah boleh masuk dalam acara tahunan untuk pergi membeli buku-buku murah.

Wednesday 18 May 2016

ZAWARA COFFEE : Soft Shell Crab Burger

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Dekat 3 bulan mengidam nak makan Soft Shell Crab Burger  di Zawara Coffee. Hari ni dapat pergi merasa. Salah satunya mestilah kena kumpul duit dulu. :D
.

Harga boleh tahan. RM 27. Memang kena fikir banyak kali nak belinya.
.

Sedap boleh tahan, tapi taklah sampai 100% capai tahap yang selalu nak makan, *Agaknya sebab dah biasa makan burger biasa.* hihihiiii
.


Bahagian isi dalam Burger.

Coffee Oreo Chocolate RM 12

Rasa Coffee + Coklat yang lebih.
Oreo  tak terasa sangat. huhuuu

Tuesday 17 May 2016

SANGKAYA : NUTS ABOUT COCONUTS

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Mula-mula kenal Sangkaya ni bila tengok rancangam Majalah 3. Terasa sedap je tengok aiskrim kelapa dengan ice blended kelapa. 

.

Tapi sebab tak ada di kawasan berdekatan, tak adalah beriya nak pergi cari.
.

Ada pun dekat Prima Sri Gombak baru lagi buka. Perasan ada banner cuma tak perasan kedai belah mana.
.

Cari punya cari, pusing-pusing kat Prima Sri Gombak, jumpa dah. Berdepan dengan besar, sebelah Nando's dan atas Klinik Mediviron. Kecik aja panpan tandanya. 
.

Boleh tahan juga harga dia. Tak puas makan aiskrimnya sebab kecik, ice blended puas hati. Rasa memang kaya dengan kelapa lah. ^_^
.

Nak makan untuk merasa dn hilang mengidam boleh. Nak makan selalu memang pening kepala nak bayar. Hihiii...


Aiskrim Kelapa
3 scoopes + 1 topping

Ice Blended Kelapa + 1 scoope aiskrim kelapa

Thursday 12 May 2016

BB1M 2016

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Alhamdulillah, buat kali terakhir bergelar pelajar, dapat BB1M (RM 250) tahun ni. Maklumlah dah selesai Master 😄. 
.
Itu pun nyaris-nyaris terlepas. Masa sesi pertama akhir bulan 4 haritu tak perasan dah boleh ambil sebab tak dapat notis melalui email pelajar. 
.
Bila telefon UNITAR, pemberian sesi kedua mula hari ni.
.
Oleh sebab saya dah habis belajar, kebetulan buku-buku teks IT banyak guna dari DEGREE dan ebook, saya gunakan baucer untuk beli buku lain yang berguna.
.
Rancangnya :
1. RM 150 - Beli buku secara online melalui BOOKCAFE. Memang dah siap awal-awal senarai buku yang nak beli. Lebih tambah duit. :D

2. RM 100 - Untuk BIG BAD WOLF akhir bulan ni. Macam biasa beli kotak yang besar RM99.90.
.
Waktu ada baucerlah saya guna untuk beli buku yang harganya mahal. Buku-buku novel atau majalah memang tak ada dalam senarai. Buat rugi je. Heheee.
.
Nanti saya akan kongsikan buku-buku yang saya beli. Guna masa ada promosi diskaun yang menjimatkan. :).
.

Tuesday 10 May 2016

RAM : IMAGINASI

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Buku kedua RAMLEE AWANG MURSHID yang saya beli secara online. :D 
.
RM 35 +postage
+
Tanda tangan penulis
+
Penanda buku (kalendar 2016) siri SUNAN MUSAFIR
.
Saya suka baca buku triller dari RAM sebab dari segi penceritaan dia teratur. Tak terasa 'lompatan' cerita dia dari satu kisah ke kisah lain.
.
.
Buku IMAGINASI ni berkisar kisah 3 lelaki dan 3 wanita. 

1. Abam -Juita
2. Hafiz - Citra Widya
3. Kamil - Suhaila

Walaupun kisah Juita yang mula-mula tak suka Abam, akhirnya boleh terima Abam bila Abam pergi, boleh agak sebenarnya. Tapi bila dibaca, tak dijangka sebenarnya sebab apa Abam perangai 'lurus'.
.
Yang paling tak jangka, bab saka Suhaila. Memang imaginasi tu tinggi la, tak boleh nak berhenti membaca sebab nak sangat tahu apa jadi.

Kenapa ayah Suhaila tak nak buang, di suruh Suhaila terima walaupun Suhaila tak nak. Dan sebab apa Mandur Sarip beriya-iya nak saka tu tetai langsung ayah Suhaila dan Suhaila sendiri tak benarkan.
.
Memang berbaloilah baca. 
.
.
Tergoda tak nak beli dan baca?  :D
Hehehe.
.
Ok, ini sinopsis buku IMAGINASI bagi awak-awak yang akan rasa nak membelinya. 😉 Harga : RM 26
.
.
.
SINOPSIS

Mereka... tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka sangat berbeza, namun penuh dengan cinta. Tiga cinta dengan tiga kata. Kelam dan suram menjadi suasana latar kehidupan masing-masing. Warna pelangi itu terlihat, cuma tidak mampu digapai. Maka impian itulah yang melonjakkan hasrat agar mimpi setiap orang tidak berubah menjadi igauan buruk.

Suhaila - Perempuan yang hidup menyendiri dalam sebuah rumah agam di ladang kelapa sawit. Pembela saka seekor singa. Dia terkurung dalam ruang lingkup yang terbatas agar kejahatan tidak terlihat sesiapa pun menerusi mata sirna kebenaran. 

Kamil - Lelaki yang baru dibebaskan dari penjara. Pandangan pertama di ladang kelapa sawit telah menjebakkannya ke dalam gelora cinta Suhaila. Apakah Kamil bakal menjadi korban percintaan?

Hafiz - Pengembara eropah yang menemui cintanya di Amsterdam, Holland. Yang dicintai adalah perempuan Indonesia bernama Citra Widya, buruan dua lelaki dari negara seberang. Berjayakah Hafiz membantu Citra Widya melarikan diri ke London supaya cinta mereka terus bernyawa? 

Abam - Lelaki lurus bendul. Dia seorang penjaga lembu milik Pak Budin, ayah kepada Juita. Abam sangat mencintai Juita dengan caranya yang tersendiri. Namun, cintanya ditolak Juita. 

Suatu ketika, keajaiban berlaku. Juita pula berubah sebaliknya, mencintai Abam. Bagaimanapun, Abam tidak semena-mena berubah akibat dirasuk semangat saka Suhaila. Apakah cinta Juita berjaya memulihkan semangat rasuk yang menyinggahi Abam?

Sunday 1 May 2016

2 Hari 1 Malam : Bukit Gambang, Kuantan (Part 1)

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Lama dah tak bercuti pergi ke Taman Tema dengan keluarga. Masing-masing dah besar, dah ada keluarga sendiri *kecuali saya lah :p*

Peluang datang nak bercuti ke Bukit Gambang, Kuantan bila ada kenduri kahwin sepupu di Indera Mahkota, Kuantan. Di Indera Mahkota, kami tidur di Rumah Tamu Istiqamah. Sepupu tolong tempah untuk anak-beranak yang datang untuk majlis nikah dan berarak. 


Rumah Tamu Istiqamah.

Oleh sebab kami datang sehari sebelum majlis berarak, sempat la pagi sebelum majlis bermula, saya dan anak-anak saudara main pantai di Teluk Chempedak, Adalah dalam 15-20 minit nak sampai.




Parking luar yang sedikit jauh untuk ke pantai


Bayaran Masuk

Parking yang berdekatan dengan pantai.





Pantai pun cantik juga. Daripada nak bawa anak saudara mandi, dengan mak saudara sekali main air. Cuma tak adalah nak mandi air laut sebab tengah hari ada kenduri kahwin. Sempat dalam 1 jam je, sebab dah 10 lebih, waktu agak panas. Tapi puas. :D


Lepas selesai kenduri, kami terus ke Bukit Gambang. Alang-alang tempat kenduri dah dekat dengan Bukit Gambang, kami tempah bilik melalui laman web booking.com.

Cara untuk tempah di Booking.Com :

1. Buat akaun
2. Pilih destinasi dan tarikh
3. Buat pembayaran dengan Kad Kredit

Ada dua pilihan:
+ Pilih harga bilik yang sedikit mahal jika 
tidak mahu amaun di tolak terus. 
Maknanya bila dah check-in baru ditolak.
Ini mudahkan anda jika mahu batalkan tempahan.

+ Pilih harga yang murah.
Amaun akan di tolak terus. 
Jika tempahan di batal, tiada amaun dipulangkan.

4. Selesai buat tempahan, email akan dihantar.
Maklumat seperti destinasi, tarikh, dan harga disertakan.
Booking Number dan Pin Code  untuk simpanan anda
ketika check-in.

5. Hari check-in, cuma sebutkan Booking Number

Bersambung di Part 2