Friday 20 November 2015

Siri Laksamana Sunan ( Ramlee Awang Murshid)

Teks 10

Teks & Foto: Munirah Yusoff



Sejak dapat tahu novel siri Laksamana Sunan yang ke - 8 iaitu Sunan Cinta Nan Sakti, penulis Ramlee Awang Murshid (RAM) akan keluar, memang tak sabar nak dapatkan. Tapi masa novel ni keluar, 200 buku saja di Jualan Gudang Karangkraf.

      Di sebabkan jauh nak ke Shah Alam, buku pun terhad, tambah lagi mesti ramai peminat RAM yang lain berpusu-pusu nak dapatkannya, tak mampulah saya nak terjah. Dua hari RAM ada di sana untuk sesi bertemu peminat dan tanda tangan. 

       Bila grup RAM Fan Club buat status di Facebook (RAMFC) untuk belian online, lagi semangat nak beli. Cuma permulaan tu, khas bagi yang pernah beli dengan mereka. Jadi memang tak ada harapan nak jadi batch pertama yang beli.

       Kali kedua baru mereka buka slot untuk yang lain beli. Memang tak boleh nak lepaskan peluang, sebab tawaran yang best: TANDA TANGAN RAM & KALENDAR 2016. Berbaloi bila dapat beli lewat sedikit. :D

         Tempah 13/11 (dua hari sebelum hari lahir) dan sampai dalam genggaman hari ni (20/11). Jadi lengkaplah sudah siri Laksamana Sunan, tapi mananlah tahu kalau ada sambungan lagi ke tak, nanti.

Siri pengembaraan Laksamana Sunan
     Selain daripada thriller yang menarik, plot jalan cerita pun  teratur, tak rasa tergantung cerita sebab masa membaca perlu banyak berfikir. Dan yang penting, banyak terselit keagamaan. ^_^ Bukan novel omong kosong atau setakat mimpi berangan. 

     Yang nak beli buku ni dengan tanda tangan dan kalendar 2016, rasanya masih boleh tempah melalui FB grup Ramlee Awang Murshid Fan Club ( RAMFC).

FB RAMFC






===================================
Munirah
Blog rasmi: munirah-yusoff.blogspot.my
FB/ IG: munirahyusoffonlinestore
===================================




No comments:

Post a Comment