Friday, 27 November 2015

Kad Geng PTS

Entri 14

Teks & Foto: Munirah Yusoff

Sebelum ni saya ada cerita (Entri 6), bila nak beli buku di kedai buku PTS, diskaun bergantung kepada promosi. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, memang bayar harga yang tertera di buku.

     Tapi sejak minggu lepas, PTS dah mula buat kad ahli. Jadi bila PTS buat promosi beli buku dapat diskaun 10%, sebagai ahli kita akan dapat diskaun 15%. Nak jadi ahli percuma je, cuma kena datang ke kedai dialah. :D

Kad Geng PTS.

   Mulanya nak dapatkan kad je, tapi bila buku baru Matlutfi dah keluar, lepas tu terpandang pula buku Komik Tazkirah Tok Guru (TG Nik Abdul Aziz) (Kartunis Athool) dengan Fotografi Gaya Mukmin (UAI, Imran Burhanuddin), tak boleh tahan. Nak juga belinya. ^_^

Buku Momen2 Matlutfi

Carta Top 20
Sumber: FB PTS

Papan Tanda kedai dah bertukar. Sebelum ni BookCafe.


     Nampaknya 'hajat' supaya PTS ada kad ahli dah tercapai. Sebab dah tak payah susah-susah nak pergi POPULAR atau MPH kat wangsa maju semata-mata nak dapatkan buku PTS dengan diskaun. Heheee.

3 comments:

  1. Kalau guna kad geng pts beli buku kt Popular boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Najwatul, kat HQ PTS je boleh. :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete