Saturday 7 November 2015

Chocolate Museum, Kota Damansara

Entri 4

Teks: Munirah Yusoff
Foto: Munirah Yusoff


Pertama kali jejak ke sini. Itu pun sebab tadika anak saudara buat rombongan ke sini. Alang-alang ibu dia nak bawa balik rumah terus, ikut sekali lah. ^_^ Cuma jangkaan tu tak seperti yang di harapkanlah. Bila masuk dalam, macam muzium biasa, cerita sejarah. *Nama lagi muzium, kan.. Hehee* Siapa pengasas coklat, dari mana pokok coklat di bawa ke ASIA, macam mana coklat di hasilkan. 

        Chocolate Museum by Fidani @ Kota Damansara di buka kepada orang awam dan masuk adalah percuma. Setiap hari Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 5 petang. Maklumat lanjut boleh layari lama web mereka, KLIK DISINI .



Mesin pengadun coklat

Carta maklumat mengenai nutrisi coklat

Ini mesin 'live' yang tengah proses coklat.


Carta asas jenis coklat

Tempat pembuatan coklat dan merasa.
Setiap jam 12pm dan 3pm.Tapi dia buat bila ada grup yang ramai.
Masa mula-mula sampai dah dekat pukul 3pm. Bila ditanya, dia cakap tak buat
kalau orang sikit.

Ini antara coklat-coklat yang ada di kedainya. Walaupun boleh dapat kat luar,
tapi macam biasalah, feel dia lain kalau beli. 
Beli lah sikit-sikit, sebab agak mahal jugak.

Antara souvenir yang ada. Ingat nak beli yang mug M&M,
*pujuk kakak belikan sebagai hadiah hari lahir, tapi tak dapat* Hahahaa
Mug tu harga RM58
Carta sejarah dan perjalanan mengenai coklat
Yang ini bahagian kafe. Tapi tengok kat tempat makanan, macam tak ada apa-apa.
Lama jugak duduk kat sini sementara tunggu bas rombongan anak saudara sampai. 
Sampai ke sudah, orang kat kafe ni tak tanya kalau kitorang perlukan apa-apa.

Menara KLCC daripada coklat. 
*Entah berapa kilo di guna. Tak ada pula nota yang ditulis*

Yang ini pertunjukan coklat, bila rombongan tadika anak saudara dah sampai.
*Jangankan kanak-kanak, orang dewasa pun teruja.* :D 



No comments:

Post a Comment