Friday 18 December 2015

UMRAH BAB 3: Hari Berlepas

Entri 18

Teks & Foto: Munirah Yusoff

KLIA - MUSCAT - MADINAH


Alhamdulillah hari untuk pergi membuat umrah dah tiba (5hb Disember 015). Kami (saya, mak dan ayah) bertolak ke KLIA 4.50 pagi. Sampai sana wrapping beg dulu, berkumpul sekejap di kawasan kaunter M (check-in) untuk letak beg dan terus solat Subuh (di Tingkat 3 sederet Burger King dan Menara Medical Clinic).

SUPERSTRAP+
Ada 2: berdekatan Kaunter C/D & Kaunter L/M

Senarai Harga mengikut barang

Harga

    Sementara menunggu agensi selesaikan urusan daftar masuk beg (grup) dan tiket jemaah, kami pergi sarapan di KopiTime (tutup mata jap pasal harga sebab taknak lapar). Masa ni terlepas taklimat oleh Ustaz Ghazali Ibrahim, tapi dia terangkan semula. Tak banyak mana pun, cuma peringatan pasal perjalanan.

     8.30 pagi dah siap-siap nak masuk bahagian pelepasan. Masa nak tunggu masuk tu, ramai juga jemaah dari agensi lain. Kebanyakkan dari Rayhar dan Andalusia. Bila dah masuk tu, jangan leka sangat jenguk barang atau membeli. Berlepas 9.50 pagi tapi dah ada kat Gate C3 sebelum 9 pagi. Kononnya ingat sempat lagi nak beli majalah, sekali mak telefon kata dah final call. Terus tak jadi beli, cepat-cepat lari walaupun kedai dekat je.

WY 0824 Oman Air.
Ruang besar: tempat duduk 3+5+3
    Masuk dalam kapal 9.10 pagi dan sepatutnya berlepas 9.50 pagi. Tapi 10.10 pagi baru gerak, katanya trafik udara 'sesak'. Aircond tak pasang, duduk pula tepi tingkat yang kena matahari, memang berpeluh jugaklah. Pening kepala kurang udara. *Cabaran dan dugaan yang pertama, sabar, sabar*

Skrin 'TV'
Yang penting, boleh cas telefon. Mujur letak cable dalam beg sandang :D
Makan tengah hari. Bolehlah, makan je.
Ayam + Spaghetti
Perjalanan KL- Muscat : 6jam 25 minit
Beza waktu : Muscat lewat 4 jam dari Malaysia
Dari atas memang nampak Muscat macam tandus, padang pasir.
5pm waktu Muscat. Turun dari kapal terbang, kena naik bas untuk masuk ke
balai ketibaan. Adalah dalam 5 minit

Muscat International Airport
WiFi kat sini percuma. Sempat sekejap whatsapp keluarga kat Malaysia.
Kaunter Hotel Transfer. Perlu ada:
1. Pasport
2. Tiket
3. Slip Transit Visa 

Nak selesai dengan Imigresen tak adalah lama sangat.
Tak sampai sejam pun.
Slip Transit Visa bila nak keluar dari Airport

==============================================
TIPS:
Kalau nak keluar dari airport, pastikan masa di Imigresen, ada:
1. Tiket transit dari KL-MCT Jangan di buang.
2. Boarding Pass MCT - MED
3. Pasport (yang ini memang wajib la kan :D)
==============================================

Bangunan luar airport
Kawasan sekitar sepanjang perjalan dari Airport ke hotel Tulip Inn
Antara kedai-kedai makan yang ada.

   
Hotel Tulip Inn. Dari airport ke hotel dalam 12km.
WiFi sini kena bayar. OR(OMAN RIYAL) 30 sehari
Dah selesai transit, 8pm datang semula ke airport.
11.15pm bertolak ke Madinah.
Perjalanan dari Muscat ke Madinah: 4 jam
==============================================
TIPS:
Sekali lagi masa dekat airport, bahagian Imigresen nak lihat:
1. Slip Transit Visa 
2. Tiket transit KUL-MCT
3.Boarding Pass MCT-MED

*Jadi apa-apa slip atau tiket yang ada, jangan dibuang. Selit siap-siap
di pasport supaya tak hilang.
===============================================
Makan malam. Ayam + Sayur. Masa ni tengah mula nak gastrik sebab tak makan
malam di hotel. Tapi tahan je, makan perlahan-lahan tak kasi perut lagi terkejut.
Alhamdulillah. Selamat sampai di Airport King Abdul Aziz, Madinah.
Dekat imigresen, diorang santai je siap boleh borak-borak
sambil buat kerja *memang saja buang masa orang tunggu lama-lama*

Beza Waktu Muscat - Madinah: 1 jam (Madinah lewat 1 jam)
Beza Waktu Madinah - Malaysia : +- 5 jam (Madinah lewat 5 jam)

       Dah sampai Madinah dalam 1.30 pagi, 16/12. Tapi nak selesaikan urusan imigresen dan beg lama sikit, dekat pukul 4 pagi baru sampai Hotel Golden Ansar. Bila dah lama tak naik kapal terbang lama-lama ni, jadi badan terasa mengejut terutamanya perut dengan kaki.


      Cabaran hari pertama di Madinah, akan bersambung nanti. :D 

No comments:

Post a Comment