Friday 18 December 2015

UMRAH BAB 2: Persiapan Umrah

Entri 17

Teks & Foto: Munirah Yusoff


1. Benda yang wajib ada disediakan awal untuk VISA umrah:
  • Pasport sah laku 6 bulan ke atas.
  • Salinan Surat Beranak (bagi yang membawa anak) dengan pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Cop Khas Dari JPN - UNTUK URUSAN UMRAH/HAJI SAHAJA
  • Salinan Sijil Nikah dengan pengesahan Jabatan Agama Nikah Cerai Rujuk - bagi suami isteri yang pergi bersama.
  • Kad suntikan ACYW135 (vaksin menigitis) - rujukan Fatwa Suntikan Pelalian
  • 4 keping foto Umrah (latar belakang putih)

2. Buku Panduan (Kursus memang kalau boleh wajib pergi)

1. Sejarah Makkah dan Madinah - Shamsul Mohd Nor
2. Edisi Istimewa Haji & Umrah - Dato' Haji Md. Daud Che Ngah
     Dua buku ni memang saya baca sebelum pergi Umrah. Disebabkan kursus cuma  sekali saja, jadi saya cari buku. Macam sejarah Makkah & Madinah, cari yang edisi kemaskini, jadi kita boleh tahu keadaan terbaru di sana.


3. Pakaian Umrah

Antara tempat yang saya beli keperluan untuk umrah. Cuma jubah dan jubah seluar saja yang saya tempah. Kalau nak lagi banyak, dekat bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak.

Kat sini mak beli yang 2-in-1 : Jubah Telekung. Bahagian telekung tu boleh buka zip.

 Alamat: No 126, Batu caves centerpoint,
Jalan Tiga, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

Keperluan Haji & Umrah. Jadi memang khusus senang nak cari satu tempat.
Stokin, beg kasut, seluar & baju zip,tasbih dan sebagainya.

Alamat:

Bin Daud Sdn Bhd

No. 5A, Jalan Wangsa Melawati 4,
Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.
Yang wanita nak cari Jubah atau Blouse, boleh cari kat sini.

Alamat:

Muslimah Clothing Couture
41, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
&
2-17-01, Jalan Medan Pusat Bandar 8, Bangi Sentral, 43650 Bangi, Selangor, Malaysia.

Tudung Labuh bidang 60".

Alamat:

i-Nur
1, Jalan Gombak Ria, Taman Gombak Ria, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

Tukaran wang. Ini masa 21/11/2015.


4. Beg pakaian ( ini adalah apa yang saya isi. Ikut keperluan masing-masing)

  - Hand Luggage 
  • 1 Jubah (untuk umrah ketika tiba di Makkah)
  • 1 telekung
  • 1 tudung labuh
  • 2 stokin (stokin solat & stokin tawaf/sai'e)
  • 1 pakaian asahan dan seluar
  • Al-Quran

  - Check in Luggage
  • 1 Jubah 
  • 2 Jubah Seluar
  • 2 Blouse
  • 3 Tshirt
  • 3 Seluar
  • 5 Stokin Solat
  • 3 Stokin Tawaf
  • 3 Telekung
  • 2 Tudung Labuh
  • 1 Tudung asahan
  • 2 Inner
  • 4 Anak tudung
  • Set alatan mandi
  • Pakaian dalam secukupnya
  • Sabun dan berus basuh

  - Back Pack
  • Dompet
  • Pasport
  • Kamera
  • Charger HP & kamera


No comments:

Post a Comment