Entri 16
Teks: Munirah Yusoff
Foto: Muhibbin Holidays Sdn Bhd
Foto: Muhibbin Holidays Sdn Bhd
Alhamdulillah
tahun ini diberi keizinan untuk ikut mak dan ayah menunaikan Umrah. Rezeki kami
bertiga juga dapat menempah tempat untuk 5hb – 16hb Disember 2015. Masa ini,
saya sudah habis semua subjek untuk kelas Ijazah, hanya tumpu untuk siapkan
kertas projek. *Cuma ralat sikitlah sebab pergi Umrah, masih di tanggung oleh
mak ayah. Tapi apa-apa pun saya bersyukur juga di beri peluang kali kedua untuk
menjejakkan kaki ke Mekah/Madinah*
Walaupun tengah berbelah bahagi nak pergi atau tak sebab menunggu jawapan temuduga kerja, tapi booking juga tempat. Takut melepas pula nak pergi untuk tarikh ni. Bila Allah dah beri peluang untuk buat umrah, Insya Allah
dipermudahkan. Amiinn. Muhibbin Holiday Sdn Bhd ni, kenalan mak (satu taman dengan kami) yang beritahu. Dia pun ikut pergi sekali, jadi tak adalah kami nak cari yang lain. Tercari-cari juga review mengenai syarikat ni tapi tak ada. Yang ada pun setakat maklumat daripada Facebook mereka, Muhibbin Holiday. Jadi tak dapat nak tahu pengalaman orang yang dah ikut pakej melalui mereka.
Sedikit maklumat awal mengenai pemergian kami:
- Agensi Muhibbin Holiday Sdn Bhd (Ustaz Ghazali Ibrahim)
- Pakej yang diambil untuk 3 orang sebilik (Pakej Al-Amin)
- Perjalanan selama 12 hari/10 malam (4 malam di Madinah dan 6 malam di Mekah).
- Penerbangan pula dengan Oman Air.
- Harga pakej. Bandingkan harga pakej dengan tawaran yang disediakan. Harga berbeza mengikut musim. Pastikan apa yang ditawarkan berbaloi. Kadang-kadang yang murah mungkin tak termasuk makan tengah hari dan makan malam.
- Latar belakang agensi pelancongan (travel agency). Pastikan ada nombor rujukan kelulusan dari Kementerian Pelancongan Malaysia. Seharusnya mereka ada lesen dan permit untuk membawa jemaah keluar negara atau aktiviti pelancongan. Agensi umrah yang akan menguruskan hal berkaitan dengan visa.
- Barangan umrah. Beg besar, beg kecil, beg sandang dan air zam-zam (dulu 10liter, sekarang Cuma dapat 5 liter) adalah benda-benda asas yang sudah termasuk dalam pakej umrah yang kita bayar. Jadi ini bukanlah barang percuma.
- Jumlah hari. Kebiasaannya pakej yang ditawarkan untuk umrah (termasuk ziarah di kawasan sekitar) adalah 10 hari atau 12 hari. Sekitar RM6000 ke RM9000 bergantung kepada jumlah hari dan musim yang di tawarkan.
- Hotel penginapan. Kena tahu penginapan yang di janjikan dan berapa jarak dari hotel ke Masjid di Madinah dan Mekah. Ada yang dekat, ada yang jauh. Di Mekah antara hotel paling dekat, keluar lobi terus nampak pintu Masjidil Haram adalah Hotel Safwah, Hotel ZamZam Tower (Bangunan Jam) dan Hotel Hilton.
- Jumlah orang sebilik. Harga pakej berbeza-beza mengikut jumlah orang. Kebiasaan yang di tawarkan adalah 2 orang sebilik, 3 orang sebilik, 4 orang sebilik atau 6 orang sebilik.
- Bayaran agensi. Bayaran sepatutnya masuk ke akaun syarikat yang mengendalikan umrah tersebut, bukan akaun persendirian. Pastikan bila sudah bayar, ada resit. Tanya jika ada bayaran tambahan semasa di Madinah atau Mekah diperlukan atau tidak. Kalau ada ahli keluarga yang menggunakan kerusi roda, tanya jika boleh dapatkan van ketika melakukan ziarah atau mahu Miqat umrah.
- Syarikat penerbangan. Pilihan bergantung kepada anda samada mahu yang ada transit atau terus ke Madinah. Oman Air yang saya naik, transit di Muscat. Masa pergi, transit dalam 8 jam, jadi kena keluar dari lapangan terbang untuk ke hotel dan berehat. Masa balik je sekejap, transit dalam 2 jam.
- Servis Mutawif. Selalunya mutawif adalah dari Indonesia. Mereka akan ada masa waktu mahu ziarah dilakukan atau ketika mahu buat umrah. Biasa yang dah lama duduk di sana atau pelajar.
- Trip umrah (miqat-tawaf-saie). Tanya berapa kali trip umrah akan dibuat dan adakah semua trip bersama mutawif atau kena lakukan sendiri. Seelok-eloknya yang sediakan tiga kali umrah kerana mutawif akan bawa ke tempat miqat sekali apabila keluar membuat ziarah. Kalau ada 1 umrah saja (umrah wajib), bila kita nak buat lagi umrah, memang kita kena bayar van sendiri ke tempat miqat samada di Tanaim atau Jaqnarah.
- Senarai aturcara. Yang ini paling penting. Bukan setakat kena tahu lawatan yang akan kita pergi, tapi kita boleh baca dahulu kisah sejarah tempat tu. Tak adalah nanti setakat dengar apa yang mutawif kata. Kadang-kadang bila tak fokus, terlepas info yang diberitahu. Kalau yang menggunakan kerusi roda, beritahu agensi awal-awal. Sekurang-kurangnya mereka boleh uruskan pencarian. :D Antara lawatan yang biasa dilakukan adalah Masjid Quba’, Jabal Uhud, Mudzalifah, Ladang Kurma, Ziarah Wida’ dan Tawaf Wida’.
- Kursus Umrah. Bagi yang pertama kali pergi, penting untuk hadiri kursus. Ilmu tak cukup boleh sebabkan umrah tak sah *minta dijauhkan*. Selalunya agensi akan buat kursus sebulan sebelum pergi.
Kisah persiapan untuk mengerjakan
umrah, saya akan ceritakan di entri yang lain. Insya Allah. :)
No comments:
Post a Comment