Thursday, 24 December 2015

UMRAH BAB 5: Ziarah Luar

Entri 20

Teks & Foto: Munirah Yusoff

Hari Kedua: 07-12-2015

Ziarah Luar: Masjid Quba' - Ladang Kurma - Bukit Uhud


   Kalau pergi luar negara, lagi-lagi yang pergi lama, antara yang paling penting adalah nombor negara tu. Mana larat nak guna nombor Malaysia selalu, sekali mesej dah RM 2, kalau nak telefon seminit adalah dalam RM 2.50 ke RM 3 seminit *tak berapa ingat*.  

       Masa nak cari kedai telefon, terpinga-pinga sekejap, sebab tak tahu celah mana. Itupun ikut satu famili yang sama grup dengan kami. Ikut lorong kedai makanan sebelah hotel penginapan. Tapi bila dah sampai kat kedai, sebab kami orang luar, kena ada salinan pasport baru boleh beli simkad. Satu hal pula nak kena patah balik cari agen yang pegang pasport. *Kat sini baru tahu yang lelaki je boleh masuk kedai, wanita tak boleh. Kalau nak juga, deal depan pintu je. :D *

        Tengah sibuk nak deal dengan orang kedai, yang jual simkad tepi-tepi kedai ni pula yang cuba nasib. Ikutkan memang tak ada masalah pun nak beli, cuma tengah serabut nak kejar waktu solat, saya tak jadi beli.  Balik dari masjid, baru singgah beli. Beli yang sekali dengan pakej Whatsapp.

Simkad
1. Mobily (kiri) - RY 70 : RY 25 simkad,  isi RY 25. RY 20 Pakej Whatsapp
2.  Simkad Zain (kanan) - RY 50: RY 25 simkad, isi RY 25

Kad ini ada ID yang diperlukan untuk topup. Kalau tak ada, memang tak boleh topup
dan kena beli simkad yang baru.
   

Kedai telefon STC. Yang ini kedai lelaki je boleh masuk dan foreigner kena
ada pasport kalau nak beli simkad.

Kalau tak nak beli situ, ada yang jual kat depan kedai tak perlu pasport. :D

         Ziarah luar yang pertama pergi ke Masjid Quba', 4km dari Masjid Nabawi.

Masjid Quba', masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah s.a.w di Madinah,
bila tiba di Quba' sewaktu hijrah.

Pada awalnya kiblat masjid ini menuju Baitulmuqaddis, kemudian diperintahkan oleh Allah
untuk mengadap Kaabah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang keluar dari rumahnya kemudian mendatangi masjid ini,
lalu dia solat di dalamnya, maka pahalanya seperti mengerjakan umrah.
(Riwayat Sabal bin Hunaif)

Sebaik-baiknya laksanakan:
1. Solat sunat Tahiyatul Masjis
2. Solat sunat Dhuha
3. Solat sunat hajat
4. Berdoa untuk apa-apa yang diperlukan.

Keluasan :13,500 meter persegi
Kubah: 56 (kecil), 6 (besar), 4 menara azan
Muat: 20 000 orang jemaah


*Disebabkan sejuk, pakai niqab untuk tutup sebahagian muka.
Beli dekat kedai bawah hotel, RY 5.*


     Ziarah kedua pergi ke ladang kurma, tapi tak sempat nak pergi ke bahagian luar tempat pokok-pokok. Orang ramai sangat beratur nak membeli dan bayar kat dalam kedai. Nak pergi sendiri, tak berani.
Pintu masuk ke dalam kedai. Pintu ke ladang kat belah belakang.

Antara jenis-jenis kurma yang popular.

         Ziarah yang ketiga, pergi ke Gunung Uhud. Gunung besar di sebelah utara Madinah. Jarak dalam 5.5km.

Dataran kawasan Gunung Uhud. Papan tanda untuk maqam syuhada. Terdapat kira-kira 70 maqam
orang yang syahid dalam Perang Uhud pada tahun ketiga hijrah.
Panjang gunung dari timur hingga hujung barat = 6km, warna kemerah-merahan

Pemandangan dari atas bukit memanah.

Tak dapat naik sampai atas, sebab fobia tinggi. Lagipun naik sendiri.
Mak ayah tak ikut naik.

Kawasan kedai makanan, farmasi dan beberapa kedai jualan sebelah hotel Al-Safwah.


Balik dari ziarah, sampai hotel sebelum zohor. Sempat beli kebab ayam, RY 5

Sempat beli aiskrim yogurt. :D

           Selesai ziarah, masing-masing buat hal sendiri. Biasa kami ke Masjid, tahan diri dari nak pergi ke kedai. Kalau menyinggah pun, beli yang penting. Dah beli apa yang perlu terus balik, tak ada nak melilau lama-lama.


***************************************
          Hari ketiga aktiviti bebas, jadi ada masa rehat sebelum bertolak 
ke Makkah (hari keempat) untuk menunaikan umrah yang pertama.
**************************************

Bersambung....
         

No comments:

Post a Comment