Tuesday, 29 December 2015

UMRAH BAB 6: Umrah yang Pertama


Entri 21

Teks & Foto: Munirah Yusoff

Hari ke - 4 : Madinah ke Mekah


Naik bas dari Madinah - Miqat di Bir Ali - Mekah
Perjalanan : +- 5 hingga 6 jam 

Alhamdulillah setelah empat hari di Madinah, kami bertolak ke Mekah untuk melakukan umrah. Selesai ziarah Wada' (menziarahi maqam Rasulullah s.a.w) dan jama' takdim (zohor dan asar) berjemaah di Masjid Nabawi, pukul 3 petang kami mula bergerak.


Yang mencabarnya, lepas siap makan tengah hari, dalam 1.45 pm kami nak turun menunggu
bas. Tapi sebab ada 14 tingkat dan ramai yang mula nak turun, dekat 30 minit
kami tunggu lif. 

Singgah di Masjid Bir Ali atau Zulhulaifah, +-7 km dari Masjid Nabawi
untuk Miqat Umrah.
Untuk lelaki di galakkan memakai ihram dari hotel, disini agak ramai
orang, jadi tak adalah kelam kabut.
Pastikan catit nombor bas atau ambil gambar dan ingat pintu
masuk keluar ke tempat bas.


QASABA SOUTH ENTRANCE
Pintu masuk ke tempat solat.


Pintu masuk ke tempat solat wanita. Sebenarnya masjid ni besar, kami ikut arus
ke mana orang pergi. 


Kawasan sekitar Masjid Bir Ali.




   Kami singgah di Masjid Bir Ali dalam 30 minit. Perkara yang dilakukan di Masjid Bir Ali ialah:
  1. Solat Sunat Tahiyatul Masjid
  2. Solat Sunat Ihram
  3. Berniat ihram
            "Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala."

           Bagi jemaah yang uzur  ataupun yang dijangka menghadapi halangan sepanjang melakukan 
           umrah dan wanita haid, boleh berniat ihram bersyarat.

           "Ya Allah aku berniat menunaikan umrah dan berihram dengannya. Sekiranya aku
             terhalang oleh halangan syarak, maka ketika itu aku bertahallul kerana Allah Taala."

     4. Bertalbiah dengan nyaring oleh jemaah lelaki sehingga memasuki Masjidil Haram*


         Dah selesai urusan di Masjid Bir Ali, kami mula gerak ke Mekah. Dalam bas, adalah di beri roti dan air botol, tapi saya simpan kalau waktu malam nanti tak sempat nak makan. Selepas 2 jam perjalanan, kami singgah di R&R (tak ingat nama tempat, gambar pun tak sempat ambil). Dekat sini, macam tak terurus sikit tempatnya. Nak pergi bilik air, kena hati-hati sebab berhimpit dan takut mengotorkan pakaian.

       Disebabkan tempat solat wanita dalam bangunan penuh, saya dan mak bersolat di kawasan dataran yang ada banyak tembok paras pinggang. Tembok yang boleh muat dalam 8 orang, sempat buat jama' takdim Maghrib dan Isya'. Di R&R ni walaupun banyak gerai makanan, tapi penuh. Dan kami pun tak sempat nak makan. Mulanya ingat agen yang uruskan makanan untuk jemaah, tapi sebenarnya kami yang kena uruskan sendiri. Jadi memang tak sempatlah nak pergi beli *Kesian kat mak ayah dan ada jemaah lain juga yang tak sempat makan*

        Tapi tak apalah, sabar. Mujur roti yang diberi awal-awal dalam bas siang tadi masih disimpan. Makan apa yang ada.
Selamat sampai di Hotel Al-Safwa, Mekah jam 9 malam.
Rehat sekejap di lobi sementara kad bilik di selesaikan.
Dalam 30 minit bila dah dapat, terus ke restoran hotel untuk makan
malam. Tapi makanan dah tak banyak, makan sikit apa yang ada.
Lagipun dah tak ada selera. 

       Lepas makan, kami ke bilik di tingkat 9. Sepatutnya beg besar di hantar ke bilik, tapi dapat tahu semua beg di letak di tingkat 8 (kebanyakkan jemaah ada di tingkat 8), terpaksalah angkat sendiri. Dah selesai semua urusan, 11.30 malam kami berkumpul semula di lobi untuk umrah bersama mutawif.

Setelah selesai tawaf 7 pusingan, dalam 40 minit.

Sai'e di bahagian bawah. Bukit safa dan marwa dah di pagar.
Di sini ambil masa dekat 2 jam, sebab ada yang tak larat
ikut mutawif. Tak laju mana pun, tapi mungkin untuk yang pertama kali
terasa laju.
Sebenarnya, kalau tak mahu rasa sakit tumit atau betis, kena buat
laju sikit dan jangan kerap berhenti.

        Selesai sai'e dan bertahallul dalam 2 pagi. Balik rehat dan waktu subuh jam 5 pagi datang semula ke Masjidil Haram. Tapi dah tak dapat masuk, penjaga dah letak penghadang di setiap pintu. Terpaksalah solat kat dataran. Nak datang solat kat Masjidil Haram tak sama macam Masjid Nabawi, dah azan pun boleh masuk lagi. Di Masjidil Haram sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit ke 2 jam sebelum azan dah kena ada dalam masjid. 

         Kalau ada rezeki dapat masuk, 30 minit sebelum azan boleh lagi, cuma kena pusing mencari tempat yang boleh lagi untuk bersolat.  Biasanya sebelum solat, penjaga masjid akan halau jemaah yang ada berdekatan laluan ke tempat tawaf. Jadi kena sentiasa bergerak sampai waktu imam mula nak solat, baru kita boleh solat di kawasan laluan orang. Dah selesai, memang kena cepat-cepat gerak, takut kena rempuh. :D


*********************************************************************************
Masa tawaf dan sai'e, walaupun ramai orang tapi masih boleh lagi bergerak dengan tenang. Mungkin sebab dah tengah malam. Cuma tetap kena hati-hati, kadang-kadang jemaah dari India walaupun kita ada di laluan kita, mereka akan tolak-menolak. Walaupun ada terasa sikit sakit hati tu, tapi sabar je.

Ada masa kalau mereka selalu tolak, pegang bahu kita untuk ke tepi, saya akan pegang tangan mereka dan minta mereka lepaskan dari badan saya. Jadi mereka tak akan buat lagi walaupun saya masih di depan.
*********************************************************************************


Bersambung nanti bila saya dapat tawaf sunat di setiap tingkat dan umrah kedua di waktu tengah hari. ^_^





No comments:

Post a Comment