Wednesday 31 August 2016

MPH: Promosi Beli 1 Percuma 1

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Hari ini ingatkan mahu pergi ke Secret Recipe untuk beli kek murah sempena Hari Merdeka ke 59.

Sekali sampai di Aeon Wangsa Maju, beratur panjang siap ada tali rentang macam di airport. Terus tak jadi nak beli sebab tak sanggup nak tunggu lama. Di Prima Sri Gombak pun, sama ramai orang.

Lagipun masa ni, tak adalah mengidam sangat nak makan.

Banyak juga yang ada promosi murah - ChatTime, Kenny Roger's, Starbucks, Coffee Beans.

Disebabkan tak dapat beli Secret Recipe, terus pergi ke MPH. Hari ini hari terakhir ada promosi Buy 1 Free 1 untuk buku-buku terpilih.

Dah lama nak beli Siri Bedtime Stories Sentap, jadi memang masa yang sesuai lah nak beli waktu ni. Jimat RM 20. :D

1. Bedtime Stories Sentap Siri Pertama (RM20)
2. Bedtime Stories Sentap Siri Kedua (RM 20)

Penulis - Shukery Azizan

Terbitan Maghfirah
Yang saya suka mengenai buku ini:
  • Cerita-cerita ringkas mengikut Juzuk di dalam Al-Quran. 
  • 1 Juzuk 1 Cerita
  • Penerangan yang mudah untuk difahami
  • Sesuai juga untuk tazkirah.


Buku kanak-kanak yang terlibat untuk promosi
Buy 1 Free 1
Kebetulan anak saudara ada, jadi ambil kesempatan jugalah untuk beli buku ni untuk mereka.

Salah satu cara nak buat mereka tak terlalu bergantung pada tab atau handphone. Lagipun seronok tengok mereka leka mewarna, gunting dan tampal, cari gambar yang sama. Baru dapat mereka banyak bercakap. :D

Sekarang ini, redeem point MPH dah naik. Daripada 100 point RM 5, jadi 150 point RM 5.

Jadi agak jarang nak beli kecuali jika ada promosi. 

ZAWARA COFFEE : CHEESE MELTZ CHICKEN BURGER

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Kali ini cuba menu Zawara yang lain : Cheese Meltz Chicken Burger dan Chocolate Macadamia Frappe dekat Zawara Coffee Wangsa Melawati.

Pejam mata je tengok harga, lagipun memang jarang makan sini. Biasa 2 - 3 bulan sekali, itu pun tengok mood. 

Punca utama nak makan tu, bukan sebab burger. Tapi sebab berkenan tengok design botol air mineral.

Saya memang suka benda alah cenggini. ^_^




Chocolate Macadamia Frappe : RM 12

Air botol Mineral : RM 2


Cheese Meltz Chicken Burger RM 15

Cheese Meltz Chicken Burger

Cheese Meltz Chicken Burger

Tengok macam meriahkan. Bila buka, tak adalah banyak cheesy pun. Adalah rasanya, daging memang tebal. Puas hati, cuma kurang perasa daging burger tu.

Staff Zawara Coffee Wangsa Melawati mesra. Siap hantar makan dengan minuman ke meja walaupun saya bungkus.