Showing posts with label PTS. Show all posts
Showing posts with label PTS. Show all posts

Friday, 27 May 2016

BB1M 2016 : RM 150

Teks & Foto : Munirah Yusoff



Hari ni selamat dah borong buku guna BB1M RM 150. Lama dah berkenan nak beli buku set Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.
.
Walaupun ada sikit lagi yang tak cukup, tapi banyaklah juga dapat. Kebetulan sebagai dropshipper Bookcafe, dapatlah diskaun lebih sikit. *Alhamdulillah*
 .
Buku tafsir Al-Azhar karya Prof. HAMKA ada diskaun separuh harga, dari RM 90 ke RM 45. Memang harus dibeli, buku pun tebal, harga pula tengah murah. Berbaloilah beli masa sekarang. :D
.
Cuma kena tambah sikitlah. Yang seronoknya dapat hadiah percuma untuk pembelian RM 200 keatas. Dapat :
1. Beg kanvas & baju T-shirt Puteh Press
2. Baucer RM 10
.

Tips beli buku secara online (ini pembelian melalui BOOKCAFE, mungkin hampir sama dengan yang lain):
1. Pastikan BB1M tu dah siap ada nama, IC, no.HP dengan cop universiti.

2. Fotokopi IC dan kad pelajar. Setiap helaian, tulis nombor order supaya senang pihak kedai buku nak rujuk.

3. *Tambahan* Kita pun kena simpan juga nombor siri BB1M tu. Hehehhee
.

==============
Penuh waktu terluang nak baca buku-buku ni. Boleh leka. Tak ada internet pun ok je. ^_^
==============

Friday, 27 November 2015

Kad Geng PTS

Entri 14

Teks & Foto: Munirah Yusoff

Sebelum ni saya ada cerita (Entri 6), bila nak beli buku di kedai buku PTS, diskaun bergantung kepada promosi. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, memang bayar harga yang tertera di buku.

     Tapi sejak minggu lepas, PTS dah mula buat kad ahli. Jadi bila PTS buat promosi beli buku dapat diskaun 10%, sebagai ahli kita akan dapat diskaun 15%. Nak jadi ahli percuma je, cuma kena datang ke kedai dialah. :D

Kad Geng PTS.

   Mulanya nak dapatkan kad je, tapi bila buku baru Matlutfi dah keluar, lepas tu terpandang pula buku Komik Tazkirah Tok Guru (TG Nik Abdul Aziz) (Kartunis Athool) dengan Fotografi Gaya Mukmin (UAI, Imran Burhanuddin), tak boleh tahan. Nak juga belinya. ^_^

Buku Momen2 Matlutfi

Carta Top 20
Sumber: FB PTS

Papan Tanda kedai dah bertukar. Sebelum ni BookCafe.


     Nampaknya 'hajat' supaya PTS ada kad ahli dah tercapai. Sebab dah tak payah susah-susah nak pergi POPULAR atau MPH kat wangsa maju semata-mata nak dapatkan buku PTS dengan diskaun. Heheee.

Thursday, 12 November 2015

PTS BOOKCAFE


Entri 6

Teks & Foto: Munirah Yusoff

Maklumat ringkas mengenai Bookcafe:
  • Bookcafe.com.my dimiliki oleh PTS Bookcafe Sdn Bhd 
  • Anak syarikat PTS Media Group Sdn Bhd
  • Mempunyai Bilik Pameran dan Jualan Buku – rujuk peta di bawah.



    Kedai BookCafe ini, saya akan singgah kalau setakat mahu membeli satu atau dua buku. Sebab tak ada kad ahli atau walk-in diskaun *kecuali dinyatakan atau selalunya online yang ada diskaun* :D Kadang-kadang kalau tak ada buku keluaran PTS yang saya cari di POPULAR atau MPH, saya akan ke sini. Dekat pun dekat, cuma tempat letak kereta *sederhana susah* sebab dekat kawasan pejabat kilang  dan poslaju. Jadi ada masa, memang kena 2-3 kali pusing nak cari tempat letak kereta.
BookCafe, PTS

Peta Lokasi BookCafe, PTS.

Sumber: chef-arm.blogspot.com


Daripada jalan luar, selepas Giant Batu Caves,
bila nampak McDonalds dan Shell,
masuk kiri di lampu trafik.


     Maklumat lanjut boleh lawati

  • Laman web rasmi BOOKCAFE.COM.MY
  • Facebook: PTS Bookcafe dan Bookcafe.com.my