Teks & Foto: Munirah Yusoff
6-12-2015 Madinah & Ziarah Dalam
Kaunter Lobi Hotel Al-Ansar Golden. Kecik sikit, agak bersesak dengan grup dan beg. |
Pintu masuk hotel |
Sampai di Hotel sebelum 4 pagi. Lepas dapat kad bilik, beg semua kena angkut sendiri bawa ke bilik. Agak serabut juga sebab lif walaupun ada 3 tapi dengan 3 beg besar, 3 beg kecik, 3 orang dewasa, cukup dah penuh. Tapi yang paling terkedu, buka je pintu bilik, terus nampak bertimbun barang-barang hotel. Terpaksalah turun balik buat aduan, mujur ambil gambar dulu. Tunjuk kat Manager, dia pun terkejut. Nak sedapkan hati, tak apalah, mungkin ada staff dia yang terlepas pandang untuk kemaskini sistem bilik mana yang tak boleh digunakan.
Jadi, daripada tingkat 11 dapat tingkat 12. Manager ikut sekali naik tingkat 11 angkut beg kami ke tingkat 12. Dan sebelum tu, dia pun jenguk bilik yang dah jadi stor tu. Banyak kali minta maaf, tapi kami ok je, sekurang-kurangnya dia tolong bawa beg. :D Sempat rehat 1 jam, 5 pagi dah ke Masjid Nabawi untuk solat subuh.
Jadual Waktu solat di Masjid Nabawi. Uthman Bin Affan Gate, Door No. 25 |
Tiang penanda kawasan. Depan tu kawasan wanita tanpa anak. Walaupun masih boleh dengar kanak-kanak menangis, tapi tak adalah sampai rasa terganggu solat atau mengaji. |
================================================
TIPS WAKTU SOLAT DI MADINAH/MAKKAH:
1. Subuh
Ada 2 azan.
Azan kedua 5.30 pagi adalah azan Subuh.
2. Zohor-Asar-Maghrib-Isya'
Azan macam biasa.
Untuk setiap waktu solat, kebiasaanya Imam akan tunggu dalam
20 minit selepas azan untuk beri peluang orang datang berjemaah. Jadi, sementara
menunggu tu, sempat baca 3-4 mukasurat Al-Quran.
==================================================
Hari pertama tak sempat nak rehat lama-lama. Balik dari solat Subuh, sarapan. Ingat boleh terus balik bilik, tapi last minute plan ubah. Ziarah dalam buat hari kedua, tapi buat hari ni. Untuk wanita, pergi Raudhah. Untuk lelaki, Raudhah dan perkuburan Baqi'. Keluar dari hotel, angin sejuk memang menusuk. Rasanya bawah 20 celcius.
Mutawif, Ustaz Muhamad Bakri Isman Hijjaz (pembimbing grup Muhibbin lagi satu, tapi bukan grup saya) |
Mutawif untuk pembimbing wanita ke Raudhah. *Tak ingat nama* Banyak dapat tips dari dia untuk survive di kawasan Raudhah. |
Kami duduk di bahagian kiri sebelum pintu masuk Raudhah |
=======================================================
TIPS DI RAUDHAH (UNTUK WANITA)
Waktu melawat (pintu di buka)
Pagi: 7am - 9am, tapi boleh duduk di dalam sampai 11.30am
Tengah hari: 1pm - 3pm (selepas solat Zohor)
Malam: 9pm - 11.30pm tapi boleh duduk di dalam sampai 2 pagi.
Masuk, solat dan berdoa
a) Masuk biar berteman atau ikut grup. Nak masuk sendiri pun tak ada masalah, tapi pastikan selit -selit di bahagian wanita asia (Malaysia atau Indonesia) yang lain. Kalau boleh elak dari ikut wanita dari negara yang berbadan besar. Ye la orang asia ni badan kecik-kecik, kalau tahan di rempuh, silakan. :D
b) Sementara nak tunggu pintu ke Raudhah di buka, duduk berdekatan dan buat apa-apa solat, yang mana sempat. Kalau orang dihadapan beranjak, ikut sekali beranjak.
c) Bila ada di kawasan berdekatan pintu masuk, pergi ke bahagian tepi dinding. Sekurang-kurangnya kalau di rempuh, ada tempat nak bertahan, Dan ini sebenarnya memudahkan kita untuk dapat solat di dalam Raudhah.
d) Nak solat sunat situ, kena pantas tengok tempat kosong sebelum orang lain ambil. Tapi memang mencabar sebab orang akan tolak-tolak dan lalu-lalang depan kita. Kadang-kadang kalau nasib tak baik, orang yang besar main langkah kepala orang yang tengah sujud.
e) Bila dah solat terus berdoa. Nak ada lama kat situ sambil berdoa, boleh selagi penjaga tu tak halau. Yang penting, jangan turunkan tangan masa berdoa. Kalau dah turun tangan, biasanya penjaga akan suruh kita pergi. Tapi selagi nak berdoa, cuma anjak ke tepi atau anjak ke depan. Ada rezeki dapat tempat yang luas sedikit untuk solat lagi, terus solat. *Teruskan anjak ke depan sampai ke depan sekali kalau nak lama-lama disitu.
=========================================================
Alhamdulillah Allah beri peluang untuk mudah masuk ke Raudhah. Rasa macam kejap, tapi sebenarnya lama jugak. Ok, bila dah selesai, perlahan-lahan keluar dari situ. Kalau masa keluar tu ada orang tengah sujud, lalu tepi orang yang tak solat. Kami selesai semua sebelum pukul 11 pagi.
Cabaran hari pertama agak berat sebab urat betis tegang bila berjalan. Urat tulang belakang lagi tegang bila nak rukuk dan sujud waktu solat. Balik bilik terus demam urat sebab tak cukup rehat. *Saya baca petua kalau nak urut kaki, genggam tangan macam nak tumbuk orang, tulang yang timbul tu buat urut kaki. Dan saya buat memang jadi.*
Hotel Al Ansar Golden depan Masjid Nabawi |
Hotel Al Ansar Golden -pintu masuk 25- |
Suasana 'pasar' depan pintu Masjid. Waktu pagi lagi ramai, bersesak-sesak orang menjual dan membeli. Tapi ada sesetengah waktu, bila dah tiba polis akan 'halau' mereka. |
Payung di Masjid buka sebelum subuh dalam 4.30 pagi. |
Selesai hari pertama dengan ziarah Raudhah. Ziarah pada hari kedua akan disambung nanti. ^_^
No comments:
Post a Comment