Monday, 30 November 2015

KLINIK USAHAWAN DR AZIZAN

Entri 15

Teks & Foto: Munirah Yusoff



Dulu nak pergi tak ada kawan, tapi bila ada kawan yang sama-sama buat bisnes nak pergi cari orang untuk cukupkan 3 orang 1 pakej, terus semangat nak ikut.

    Klinik Usahawan Dr Azizan ni, harga asal RM 50/orang, kalau dapat 3 orang sekali daftar dapatlah harga murah RM30/orang. Murah pun murah, dapat lagi buku percuma (harga RM 35).

     Saya, Kak Diyana a.k.a Kak D (kawan kakak yang secara tak langsung terjadi kawan sendiri :D) dan Kak Kalsom (housemate Kak D) pilih tarikh terakhir program (29.11.15) di Shah Alam. Dekat sebulan lebih juga nak menunggu perginya.

Resit Pendaftaran bila pihak penganjur terima
pembayaran
E-Tiket yang pihak penganjur bagi melalui SMS.
Buku percuma termasuk dalam pembayaran tiket.
Lepas daftar di kaunter dan borang 'kedatangan'
diserahkan, baru buku ini diberi.

  Walaupun kita akan rasa maklumat yang diberikan boleh je baca atau tonton mana-mana video, tapi takkan 100% sama dengan apa yang kita dengar. Ada maklumat yang mungkin kita tertinggal atau tidak di kongsi.

   Tak salah pun kalau pergi ke mana-mana program, asalkan pilih yang betul-betul berkualiti. Dah pergi, aplikasikan semua perkara yang diterangkan untuk dapatkan hasil. Dan yang penting, buat survey sebelum pergi program. Jangan sampai habis beribu-ribu tapi tak ada hasil. 

      Klinik yang saya pergi ni, 3 jam saja. Tak terasa cepat atau lambat pun sebab speaker asyik bercerita. Selang seli dengan video, soal jawab, aktiviti. Cerita pasal kerjaya sebelum 'tumbang', macam mana boleh bangkit semula, apa yang kita perlu tetapkan fokus dan matlamat supaya berjaya, macam-macam lagilah.

  Nampak macam klise; kena tipu beribu-ribu ringgit, projek gah tapi gagal, leka dalam seimbangkan dunia dan akhirat, lupa nikmat sebelum atau selepas berjaya. Tapi sebenarnya setiap orang ada cerita dia yang tersendiri. Pengalaman yang berbeza-beza, cara penyampaian pun berbeza-beza. 


    Program ni semuanya ok, dapat juga banyak maklumat nak di buat supaya dapatkan hasil yang bagus. Cuma satu je tak berkenan. Sesi naikkan semangat tapi peserta yang menjerit macam nak pecah gegendang telinga orang lain. *mungkin sebab saya ada migrain,  jadi anti dengan bunyi bising yang kuat berterusan*  :-0

      Yang mana nak cuba dulu dengar macam mana Dr. Azizan kendalikan program, Klinik Usahawan ni berbaloi juga. Kalau tak mahu bayar yang IMKK ( paling murah tiket RM1999) kali pertama, cuba yang Klinik Usahawan. Nak atau taknak je. 😈


No comments:

Post a Comment