Wednesday, 18 November 2015

[BUKU] Travelog Mr. Traveller

Entri 8

Teks & Foto: Munirah Yusoff


Baru selesai baca buku travel ni. Seronok juga, sebab tak banyak buku melayu yang cerita pasal pergi merantau ke negara orang. Ringkas mengenai buku ni:
  • 100% kisah benar penulis mengembara secara solo, secara backpacker.
  • 15 buah negara, 15 hari, 1 tiket sahaja dengan menggunakan 50 buah kereta api.

       Tapi apa yang bagusnya baca cerita pasal orang pergi merantau? Salah satu sebabnya, mestilah kita nak tahu pengalaman dia - daripada mula hendak cari maklumat, semasa berjalan hinggalah selesai.

        
      Ini antara maklumat yang saya dapat bila selesai baca buku ni:
  1. Cari maklumat mengenai negara yang ingin dilawati - pengangkutan awam, tempat menarik, tempat yang boleh dilalui dengan hanya berjalan kaki, tukaran matawang, kedai makanan halal dan tempat tinggal.
  2. Gunakan sebaiknya GOOGLE MAPS (buat carian  tempat menarik negara yang ingin dilawati awal-awal di Malaysia) supaya senang bila sampai ke tempat yang dituju. Jadi tak adalah sesat atau nampak blur bila guna pengangkutan awam/berjalan kaki.
  3. Kalau pergi ke negara orang dan kita ada kenalan di sana, boleh cuba untuk minta tumpang tidur di rumah/hostel mereka. Mungkin dapat berjimat dengan tidak mengeluarkan duit yang banyak. 
  4. Mesti tahu kedudukan pejabat Kedutaan Malaysia di negara yang ingin dilawati. 

      Kalau nak tahu lebih lanjut, mestilah kena dapatkan buku 'Travelog MR. Traveller' ni. Memang berbaloi sebab boleh jadi panduan bagi yang gemar mengembara secara solo atau backpacker. 

      *Semangat pulak nak menulis dan ada buku sendiri. ^_^ *





Munirah
Whatsapp: 0193447292
Blog: munirah-yusoff.blogspot.my,
         Kembaracikmunirah.blogspot.my.
FB/IG: munirahyusoffonlinestore

        


No comments:

Post a Comment