Saturday 23 January 2016

UMRAH BAB 8: Ziarah Luar (Hudaibiah) dan Umrah Ketiga

Entri 24

Teks & Foto: Munirah Yusoff

(13/12/15) Ziarah Luar : Muzium Haramain - Masjid Hudaibiah (Miqat)


Waktu pagi kami tak turun ke dewan makan, cuma beli di foodcourt. Ayah beli di kedai makanan Malaysia, Felda D'Saji.

Roti canai 3 keping. 1 keping RY 5

Mee Hoon RY 15 *Portion macam 5 orang malan.* :-0


Untuk ziarah luar dan miqat umrah ketiga, kami buat waktu petang selepas zohor. Jadi, sebelum tu sempatlah ke Masjidil Haram untuk zohor berjemaah. Nak masuk sini, macam dekat Masjid Nabawi, kena ingat nombor pintu dan nombor rak kasut.

Pintu no.89, pintu untuk OKU dan ke tempat tawaf. Kalau ikut pintu ni, tak banyak nak
pusing kiri kanan banyak kali, memang mudah untuk terus nampak jalan ke tawaf.


Burung merpati depan kawasan hotel.


Kami gerak untuk memulakan ziarah, dalam pukul 2 petang. Terpaksa cepat-cepat turun dari dewan makan, sebab takut pak arab pemandu bas tinggal. Hehehee

Exhibition of The Two Holy Mosque Architecture.

Muzium yang memaparkan barang-barang bersejarah dari Masjid Nabawi
dan Masjidil Haram.
Tapi masuk muzium ni, memang tak dapat nak baca satu-satu. Tak sempat sebab
masa diberi cuma 30 minit. Jadi, nak selamat, ambil gambar dengan penerangannya sekali.
Senang sikit nak baca semula setiap barang yang ada disitu.

Antara barang yang ada disini:
1. Hajar Aswad
2. Kain pintu Kaabah
3. Pintu Kaabah

Selesai di muzium, kami terus bergerak ke Masjid Hudaibiah. Masa sampai sini, dah masuk waktu asar. Kalau sampai di tempat solat masa asar, turutan solat adalah: 

1) Solat Sunat Tahiyyatul Masjid
2) Solat Sunat Ihram
3) Solat Asar

Daripada penerangan Ustaz, walaupun sudah masuk Fardu Asar (yang wajib) tetapi kita mahu lakukan solat sunat (1) dan (2), lakukan yang (1) dan (2) dahulu. Sebab bila kita dah tunaikan Fardu Asar, tak boleh lakukan solat sunat lagi (diharamkan). 

Kawasan Masjid Hudaibiah, pintu masuk ke tempat solat wanita.
Agak kecil ruangnya, jadi tak dapat nak berlama-lama disini.

Tandas wanita. 
Kawasan hadapan Masjid Hudaibiah, pintu masuk tempat solat lelaki.

Kawasan luar Masjid Hudaibiah. Ada beberapa kedai jual makanan dan barang-barang
cenderamata. Di luar ini, ada juga wanita yang solat.

Kacang, kurma, kismis - kudapan yang memang femes, selalu nampak orang jual.
Sempat beli sikit kacang, makan dalam bas sementara nak balik.

Sempadan Tanah Haram (Makkah) dan Tanah Halal (menuju ke Masjid Hudaibiah)

Ikut perancangan asal sebenarnya tak ada pergi ke pasar buah. Tapi mutawif bawa juga kami kesini, dalam pukul 5 petang sampai. Disebabkan nak kejar waktu maghrib, hanya 10-15 minit saja dapat ada disini. Memang rambang mata tengok buah-buahan segar. Saya teman mak turun, beli buah delima (12 biji RY 20-25 rasanya, tak ingat) dengan buah kaki pisang (10 biji RY 10).

Harga boleh tahan, kira murah juga daripada beli dekat luar. 

Antara buah-buahan yang ada di sini. Ikutkan nak beli banyak, tapi sebab esoknya
hari terakhir di Makkah, takut tak sempat nak habiskan.
Buah delima pun, mak ada beri sikit pada jemaah yang naik bas lagi 1, tapi tak
sempat nak singgah sini.

Kat sini mula cabaran sekali lagi. Disebabkan kami terlewat sedikit, bas dah tak boleh masuk kawasan hotel. Ditutup sebab dah masuk waktu Maghrib. Jadi agak lama menunggu, nak berjalan memang jauh sedikit. Dekat pukul 7 malam baru bas dapat masuk, cepat-cepat bergerak naik bilik untuk solat Maghrib.

Untuk umrah ketiga ni, sama juga dengan umrah kedua tak ada mutawif. Jadi buat sendiri, agak lewat juga saya dan mak ayah mula. Rehat sekejap, lepas isya' dalam 9.00 malam kami mula. Kali ini, saya minta mak ayah untuk buat tawaf di tingkat tengah. Dan untuk kali yang pertama, saya minta mak ayah untuk benarkan saya jalan dulu. Maknanya saya buat sendiri tanpa mereka. Alhamdulillah sebenarnya hilang takut masa buat sendiri. Yang penting mereka pesan, tunggu kat tempat mula-mula kami masuk ke bahagian tawaf. 


Waktu malam memang sejuk, tenang. ^_^ Masa saya dah selesai tawaf dan menunggu mak ayah siap, dapat juga selesaikan 2-3 surah pendek. Waktu ni juga dapat lihat pelbagai jenis dan ragam manusia. 

Pemandangan dari tingkat tengah. Tak terlalu sesak macam di bawah. 

Tangga dari pintu masuk King Fadh, menuju tawaf bawah.
Kalau nak pergi tawaf tingkat tengah tu, kena ke sebelah kiri.

Sebahagian Bukit Sae'i yang tak ditutup.

Masa tengah Sae'i dalam pukul 12 malam.
Kena masuk kawasan Sae'i yang berkerusi roda, agak sesak sedikit sebab
untuk cuci.
Kami selesai dalam 12.30 malam.

Kubah di kawasan bukit Safa'

Kubah di kawasan bukit Safa


Ini tangga yang ke tawaf bahagian bawah

Papan tanda menuju tawaf tingkat tengah 

Papan tanda untuk ke Sae'i dan menggunakan kereta eletrik (macam kereta golf)
Antara set menu burger. Burger ok la, besar sikit dari burger kat Malaysia.

Menu pizza. Yang ini mahal sikit, sederhana kecik sikit dari yang pizza Malaysia

Harga pizza dan kebab

Chicken Pizza untuk makan tengah malam.

Apabila selesai umrah yang ketiga, maknanya ini adalah hari terakhir kami di sini. 


*Bersambung untuk hari yang terakhir disini* Y_Y



No comments:

Post a Comment