Hari ni saja-saja bawa anak saudara tengok cerita Angry Bird di TGV Wangsa Walk. Sementara nak menunggu tu, singgah Kidz Planet, dekat dengan tangga nak ke TGV.
.
Ini bukan setakat anak saudara yang seronok main, mak saudara pun layan main sekali. Cuma tak naik lah yang gelongsor tuh. :P
![]() |
Nak masuk sini pun ada tiket. Sebab bayar sekali dan boleh keluar masuk sepanjang hari. |
![]() |
Harga untuk masuk ke Kidz Planet. Nak masuk kena pakai sarung kaki, RM 5 sepasang. Jadi nak selamat jimat duit, bawa siap-siap. |
![]() |
Kawasan mainan macam pantai. Dari jauh nampak macam guna beras, tapi sebenarnya Cassia Seed. |
![]() |
Penerangan mengenai Cassia Seed |
![]() |
Bentuk Caasia Seed. Ala-ala beras @ kacang hijau. Sedap pijak, jadi terapi kaki. :D |
![]() |
Tempat memanjat. |
![]() |
Gelongsor. |
Oklah, seronok main sini. Cuma bukan musim cuti sekolah, tak ramai pun budak-budak yang ada. Masa kami masuk, ada 1 keluarga saja (mak+ayah+anak seorang).
- Harga RM 25 sekali masuk untuk seharian.
- Harga untuk 1 kanak-kanak dan maximum 2 dewasa. Dewasa yang ketiga di caj RM 5
- Kebersihan dijaga. Nak masuk kena pakai stokin + sanitarize tangan.
================
Nota kaki:
Jenuh kalau anak ramai, semua nak masuk sini.
Saya pun fikir banyak kali nak bawa anak saudara seorang.
Sekali saja masuk, lepas tu memang selamat tinggal la. :D
Buat lepas hajat dia nak main taknak bosan.
================
No comments:
Post a Comment