Teks & Foto: Munirah Yusoff
15/12/2015
Hari ini hari terakhir kami di sini. Alhamdulillah masa waktu subuh, saya dapat solat berjemaah depan Kaabah. Mak pergi dulu, saya dan ayah pergi kemudian dalam 4.30 pagi. Masa mula-mula sampai di kawasan solat, sebenarnya saya ada di kawasan solat lelaki (sebelum masuk waktu solat wajib, memang bercampur). Bila dah nak dekat waktu Subuh, baru wanita di suruh ke tempat lain. *Terpisah juga kami bertiga*.
Tapi masa ni saya tak rasa takut, sebab terpisah dengan ayah cuma seberang tiang saja. Sementara nak menunggu solat Subuh, agak lama juga duduk berhimpit. Nak hilang rasa lenguh badan, mengajilah jawabnya. Kadang-kadang berhenti sekejap untuk 'merewang' rasa sejuk pagi hari.
Waktu Subuh di kawasan Kaabah |
Pagi kami agak kelam-kabut sedikit mahu pastikan semua barang tidak tertinggal. Beg besar dalam pukul 10 pagi sudah di letak di luar bilik. Dalam 10.45 pagi, kami pergi semula ke Masjidil Haram untuk Tawaf Wida'. Alhamdulillah waktu pagi walaupun terasa matahari terik, tapi tak adalah panas macam tengah hari. Kali kedua saya minta izin mak ayah untuk tawaf sendiri, dan Alhamdulillah setiap kali pusingan, saya tetap jumpa mak ayah *saya awal 1 pusingan*. Jadi tak risau sangat pun.
Setiap kali pusingan, sebenarnya saya berdoa untuk solat sunat di Hijr Ismail dan berada dekat di Makam Nabi Ibrahim a.s. Alhamdulillah dapat berada dekat di Makam Nabi Ibrahim a.s tapi saya tak berhenti atau sentuh Makam sebab masih dalam Tawaf. Takut juga bahu terpusing dari mengadap Kaabah kalau dirempuh orang. Kebetulan pula waktu pagi memang ramai orang. Lepas pusingan yang terakhir, saya cuba bergerak secara perlahan untuk ke Hijr Ismail.
Dan waktu hampir ke pintu situ, saya tak dapat nak teruskan sebab dalam keadaan tersepit dikelilingi orang. *Misi nak pergi Hijr Ismail tak beritahu mak ayah pun..huhuu* Bila fikirkan keselamatan saya dengan mak ayah tak tahu, saya pasrah keluar semula dari kawasan tawaf. Sekurang-kurangnya saya sudah berusaha. Cuma saya tak terlalu berharap sangat untuk ke situ.
Selesai Tawaf Wida', solat zohor di dewan Hotel dan makan tengah hari di dewan, pukul 2 petang kami check-out. Awalnya semua menunggu di kawasan lobi, tapi dalam pukul 3 petang ramai yang sudah ke dewan solat untuk berehat dan solat Asar. Agak lama juga nak menunggu bas bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah. Dalam 5.30 petang baru bergerak dan singgah di Masjid Terapung, Jeddah untuk jama' takdim Maghrib-Isya'.
Kawasan luar Masjid Terapung, Jeddah. Dengan bunyi air laut dan angin, dapatlah hilang stress duduk lama-lama dalam bas. Cuma bila dah malam, tak dapat nak hayati kawasan pantai. :D |
Kawasan luar Masjid Terapung. Makan malam kami kat atas tembok je. :D |
Makan malam - Nasi ayam |
King AbdulAziz International Airport. Dah malam tak dapat nak ambil gambar luar. |
Sampai sini awal, dalam 9.30 malam. Tapi menunggu selesai check-in luggage dengan tiket, lama sangat. Dekat 12 malam baru selesai semua, terpaksa tahan sejuk.
Kawasan duty free selepas check-in. |
Sementara tunggu masa nak berlepas, isi perut dulu. Takut makan malam dalam flight lambat. :D |
Makan sandwich ayam. |
Currency Exchange Rates Ini masa beli Fridge Magnet dengan pensil besar kat bahagian pelepasan. |
Pukul 3 pagi baru berlepas ke Muscat. 6 jam menunggu di airport dengan menggigil kesejukan. *Konon simpan jaket dalam beg besar sebab tak pegang, alih-alih sendiri merana sebab sejuk :D*
Bas di Muscat Airport. Transit balik ke Malaysia cuma 2 jam. Tak ada masa sangat nak beli-belah kat sini. Lagipun currency mahal: RM 1 = OR 11 |
Makan tengah hari dari Muscat - KLIA *Solat Zohor dan Asar secara jama' atas flight. Masa ni pembimbing jemaah beritahu waktu solat dah masuk* |
Alhamdulillah selamat sampai di KLIA dalam pukul 10 malam. *Terima Kasih staff Muhibbin yang menjaga jemaah sepanjang berada di Madinah-Makkah* |
Air Zamzam 5 liter setiap orang akan diberi oleh agen bila tiba di KLIA. |
Air tin sepanjang berada di Makkah. Senyap-senyap saya simpan dalam beg. :D Antara salah satu barang yang murah untuk dibuat kenangan = RY 1 - RY 2 |
Alhamdulillah sepanjang membuat Umrah kali ni, dipermudahkan urusan. Harap-harap dapat pergi lagi kesana dengan sendiri tanggung. Insya Allah, amin.
No comments:
Post a Comment