Friday, 17 March 2017

ZAWARA COFFE : BACONATOR BEEF BURGER DAN AMERICANO SODA

TEKS & FOTO : MUNIRAH YUSOFF


Assalamualaikum.

Lama rasanya dah tak beli makanan kat ZAWARA COFFEE. Tapi memang biasanya tunggu mengidam baru nak jejak sini. Hihi.

Disebabkan saya suka cuba menu yang baru, saya pilih BACONATOR BEEF BURGER dan AMERICANO SODA.

BACONATOR BEEF BURGER
Saya bukan penggemar daging, tapi tengok gambar dalam menu menarik, memang rasa nak cuba.

Isi patty daging burger memang besar. Makan seorang pun dah kenyang sangat. Tak payah makan malam pun boleh. 😂

Cukup perasa rempahnya dengan cheese atas bawah, masam dari jeruk timun, roti pula lembut, memang terasa padatlah makan gigit tu.

Oh ya. Harganya RM 18. *Memang padanlah tunggu mengidam baru beli. Nak beli selalu, hujung bulan resah jadinya* 😄




AMERICANO SODA

Jarang saya nak beli kopi AMERICANO. Sebab pekat pahit tak ada gula. Kalau beli pun, kena beli sejuk untuk kurangkan rasa pahit.

Tambah pula dengan soda. terasa berlawanan pahit, manis dan bergas. Nak sangat cuba yang baru, kenalah rasa juga kan.

Nasib baik tak pening kepala sebab minum kopi. Tapi, yang tak nasibnya tak dapat tidur seharian. Tengah malam 1 pagi baru boleh tidur, itu pun paksa juga mata untuk tidur. 

Mimpi ngeri bagi orang yang jarang minum kopi bukan untuk berjaga lewat malam. 😝

Harga : RM 8



*****************

Kesudahannya -
Setiap kali pergi ZAWARA  COFFEE, kena pejam mata tengok harga. 

*****************

Wednesday, 31 August 2016

MPH: Promosi Beli 1 Percuma 1

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Hari ini ingatkan mahu pergi ke Secret Recipe untuk beli kek murah sempena Hari Merdeka ke 59.

Sekali sampai di Aeon Wangsa Maju, beratur panjang siap ada tali rentang macam di airport. Terus tak jadi nak beli sebab tak sanggup nak tunggu lama. Di Prima Sri Gombak pun, sama ramai orang.

Lagipun masa ni, tak adalah mengidam sangat nak makan.

Banyak juga yang ada promosi murah - ChatTime, Kenny Roger's, Starbucks, Coffee Beans.

Disebabkan tak dapat beli Secret Recipe, terus pergi ke MPH. Hari ini hari terakhir ada promosi Buy 1 Free 1 untuk buku-buku terpilih.

Dah lama nak beli Siri Bedtime Stories Sentap, jadi memang masa yang sesuai lah nak beli waktu ni. Jimat RM 20. :D

1. Bedtime Stories Sentap Siri Pertama (RM20)
2. Bedtime Stories Sentap Siri Kedua (RM 20)

Penulis - Shukery Azizan

Terbitan Maghfirah
Yang saya suka mengenai buku ini:
  • Cerita-cerita ringkas mengikut Juzuk di dalam Al-Quran. 
  • 1 Juzuk 1 Cerita
  • Penerangan yang mudah untuk difahami
  • Sesuai juga untuk tazkirah.


Buku kanak-kanak yang terlibat untuk promosi
Buy 1 Free 1
Kebetulan anak saudara ada, jadi ambil kesempatan jugalah untuk beli buku ni untuk mereka.

Salah satu cara nak buat mereka tak terlalu bergantung pada tab atau handphone. Lagipun seronok tengok mereka leka mewarna, gunting dan tampal, cari gambar yang sama. Baru dapat mereka banyak bercakap. :D

Sekarang ini, redeem point MPH dah naik. Daripada 100 point RM 5, jadi 150 point RM 5.

Jadi agak jarang nak beli kecuali jika ada promosi. 

ZAWARA COFFEE : CHEESE MELTZ CHICKEN BURGER

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Kali ini cuba menu Zawara yang lain : Cheese Meltz Chicken Burger dan Chocolate Macadamia Frappe dekat Zawara Coffee Wangsa Melawati.

Pejam mata je tengok harga, lagipun memang jarang makan sini. Biasa 2 - 3 bulan sekali, itu pun tengok mood. 

Punca utama nak makan tu, bukan sebab burger. Tapi sebab berkenan tengok design botol air mineral.

Saya memang suka benda alah cenggini. ^_^




Chocolate Macadamia Frappe : RM 12

Air botol Mineral : RM 2


Cheese Meltz Chicken Burger RM 15

Cheese Meltz Chicken Burger

Cheese Meltz Chicken Burger

Tengok macam meriahkan. Bila buka, tak adalah banyak cheesy pun. Adalah rasanya, daging memang tebal. Puas hati, cuma kurang perasa daging burger tu.

Staff Zawara Coffee Wangsa Melawati mesra. Siap hantar makan dengan minuman ke meja walaupun saya bungkus. 


Friday, 3 June 2016

Karangkraf : MY RAMADHAN KIT

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Hari ni punya beriya pergi Karangkraf, Shah Alam sebab jualan gudang. Tapi boleh pula terlupa sebenarnya sampai 2hb je. Hehehe.
.
Tak dapat nak borong buku dengan majalah.
.
Disebabkan tak mahu balik dengan tangan kosong, masuk jugak la dalam kedai dia. Jalan-jalan, pusing-pusing keliling rak buku, terdengar perbualan staff dengan pelanggan yang nak beli MY RAMADHAN KIT.
.
Terus teringin nak beli. Offer barang yang memang menarik minat. Dalam pakej harga RM49.90 ni ada:

+ Journal Ramadhan
Buku nota yang menarik sempena bulan RAMADHAN.

+ Shawbyvsnow bernilai RM99
Bolehlah nanti guna masa raya. :D

+ Majalah Hijabista Jun 2016
Walaupun dah kurang minat nak baca majalah fesyen, tapi kadang-kadang seronok tengok  fesyen terbaru.

+ 5 keping sampul duit raya
Buat simpan dalam kotak. :D Sayang nak guna.
.


Boleh dijadikan hadiah





Kalau diikutkan kata staff, MY RAMADHAN KIT ni diutamakan untuk pembelian melalui online. Tapi yang bagusnya, dia boleh layan juga permintaan saya yang nak beli secara walk-in.
.
Rasanya boleh lagi nak beli online, boleh tengok FB KARANGKRAF MALL untuk maklumat lanjut.
.

P/S : Semangat RAMADHAN tahun ni untuk buat catatan yang teratur. Insya Allah.. amin..

Saturday, 28 May 2016

BB1M 2016 : RM 100

Teks : Munirah Yusoff
Foto : Munirah Yusoff & BBW 2016


Selamat sudah habiskan BB1M kat sini. Lepas selesai urusan di Graduan Aspire KLCC, terus singgah The Mines 2 untuk acara Big Bad Wolf "pusing-banyak-kali-cari-buku".


Disebabkan ada tawaran FAMILY PACKAGE ni, saya cakap dengan kawan, kalau dia nak kotak kecil tu, boleh bayar sekali. Saya dah tentulah ambil yang kotak besar sebab nak guna BB1M :D
.
Kawan pun ok saja. Dah selesai beli kotak, masing-masing berpecah cari buku. Yang pasti memang jenuh saya nak penuhkan kotak, banyak kali pusing-pusing mencari buku yang berbaloi.
.


Tak semua buku yang saya cari, saya dapat. Jadi masa tengah terdesak tu, kawan cakap ambil buku bisnes yang dia beli. Nak cari buku kanak-kanak, tapi banyak yang tak berbaloi. 
.
Dapat ambil 2 buku sticker dengan 1 buku mewarna. Itu pun tak mampu nak lama kat tempat buku kanak-kanak. Ramai sangat orang.
.
Buku bisnes yang sempat di ambil.

Buku berkaitan kecantikan.
Al-maklumlah sekarang part-time dekat ABS Beauty. 

Novel Bahasa Inggeris + Biografi.
Tak berapa nak rajin sangat nak baca, tapi tengok mana yang
rasa menarik, baru ambil.

Buku cerita Enid Blyton yang dicari, dapat juga.
Jenuh nak godek-godek.
Yang lain tu, suka hati je ambil, buat syarat nak penuhkan ruang
dalam kotak.

Kalau diikutkan, saya bukan jenis yang suka baca buku Inggeris, jadi agak sukar nak tentukan buku mana yang nak dibeli.
.
Untuk buku bisnes, mungkin tak ada masalah sangat, sebab tahu jenis yang nak dibaca. 
.
Ini kali kedua saya pergi BBW, tahun depan tak tahu lagi rajin ke tak nak pergi. :D
.

Friday, 27 May 2016

BB1M 2016 : RM 150

Teks & Foto : Munirah Yusoff



Hari ni selamat dah borong buku guna BB1M RM 150. Lama dah berkenan nak beli buku set Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.
.
Walaupun ada sikit lagi yang tak cukup, tapi banyaklah juga dapat. Kebetulan sebagai dropshipper Bookcafe, dapatlah diskaun lebih sikit. *Alhamdulillah*
 .
Buku tafsir Al-Azhar karya Prof. HAMKA ada diskaun separuh harga, dari RM 90 ke RM 45. Memang harus dibeli, buku pun tebal, harga pula tengah murah. Berbaloilah beli masa sekarang. :D
.
Cuma kena tambah sikitlah. Yang seronoknya dapat hadiah percuma untuk pembelian RM 200 keatas. Dapat :
1. Beg kanvas & baju T-shirt Puteh Press
2. Baucer RM 10
.

Tips beli buku secara online (ini pembelian melalui BOOKCAFE, mungkin hampir sama dengan yang lain):
1. Pastikan BB1M tu dah siap ada nama, IC, no.HP dengan cop universiti.

2. Fotokopi IC dan kad pelajar. Setiap helaian, tulis nombor order supaya senang pihak kedai buku nak rujuk.

3. *Tambahan* Kita pun kena simpan juga nombor siri BB1M tu. Hehehhee
.

==============
Penuh waktu terluang nak baca buku-buku ni. Boleh leka. Tak ada internet pun ok je. ^_^
==============

Tuesday, 24 May 2016

Kidz Planet (Wangsa Walk)

Teks & Foto : Munirah Yusoff





Hari ni saja-saja bawa anak saudara tengok cerita Angry Bird di TGV Wangsa Walk. Sementara nak menunggu tu, singgah Kidz Planet, dekat dengan tangga nak ke TGV.

.
Ini bukan setakat anak saudara yang seronok main, mak saudara pun layan main sekali. Cuma tak naik lah yang gelongsor tuh. :P

Nak masuk sini pun ada tiket.
Sebab bayar sekali dan boleh keluar masuk sepanjang hari.

Harga untuk masuk ke Kidz Planet.
Nak masuk kena pakai sarung kaki, RM 5 sepasang.
Jadi nak selamat jimat duit, bawa siap-siap.


Kawasan mainan macam pantai.
Dari jauh nampak macam guna beras,
tapi sebenarnya Cassia Seed.

Penerangan mengenai Cassia Seed

Bentuk Caasia Seed. Ala-ala beras @ kacang hijau.
Sedap pijak, jadi terapi kaki. :D

Tempat memanjat.

Gelongsor.

Oklah, seronok main sini. Cuma bukan musim cuti sekolah, tak ramai pun budak-budak yang ada. Masa kami masuk, ada 1 keluarga saja (mak+ayah+anak seorang). 
  • Harga RM 25 sekali masuk untuk seharian.
  • Harga untuk 1 kanak-kanak dan maximum 2 dewasa. Dewasa yang ketiga di caj RM 5
  • Kebersihan dijaga. Nak masuk kena pakai stokin + sanitarize tangan.


================
Nota kaki:
Jenuh kalau anak ramai, semua nak masuk sini.
Saya pun fikir banyak kali nak bawa anak saudara seorang.
Sekali saja masuk, lepas tu memang selamat tinggal la. :D
Buat lepas hajat dia nak main taknak bosan.
================